Timang baby boy seberat 4.7kg, Raja Ilya rasmi ibu dua cahaya mata. 'Jelajah' 3 hospital untuk bersalin

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Raja Ilya yang selamat menimang cahaya mata keduanya pada pagi Selasa.

Pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) menerusi pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia.

Mengakui masih dalam 'mamai' kesan daripada suntikan bius, pelakon Suamiku, Encik Perfect 10 dan Appalam itu turut berkongsi nama Royal Abraham yang telah dipilih untuk puteranya.

Bersyukur selamat melahirkan, Raja Ilya juga menitipkan terima kasih atas doa dan ucapan tahniah buat warga maya.

No Image Caption

"Welcome to the world, little one! We’re overjoyed to have our baby boy @royalabraham18.

"Talita, you’ll always be my first love. Let’s take care of your little brother together okay, mommy need a FOC babysitter .

"Sorry semua! Tak sempat reply to messages on time, been a crazy day and still drowsy ni.

"Alhamdulillah semua selamat, kami sihat. Baby Royal lahir 4.7kg. Tu dia, patutlah masa mengandung hendak gerak kaki pun tak boleh," coretnya.

No Image Caption

Terdahulu, Raja Ilya yang mengalami pecah air ketuban sebagai tanda bersalin berkongsi terpaksa 'menjelajah' tiga buah hospital untuk bersalin gara-gara hospital penuh.

"Bukan satu tetapi tiga hospital sudah dijelajah. Sejak air ketuban pecah, saya naik ambulans ulang alik sana sini!

"Dari hospital Fiona Stanley ke Rockingham hospital dan akhirnya King Edward Harapnya ini yang terakhir hopefully ini last and beranak di sini," kongsinya semalam.

Sekadar rekod, pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India Malabari itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 dan memilih menetap di negara kelahiran suaminya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Talita Love Garret yang kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang