'Usia 49 tahun, impian jadi kenyataan...' Rita syukur terima Pingat Jasa Baik, kongsi pengalaman pertama kali jejak Istana Arau

No Image Caption
A
A
A

 

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa syukur menerima kurniaan anugerah Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau baru-baru ini.

Pemilik nama Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar itu menceritakan sememangnya menjejakkan kaki ke istana adalah impiannya sejak kecil.

"Dahulu masa kecil selalu main pondok-pondok dan jadi puteri raja. Duduk di singgahsana. Ada mitos mengatakan kalau sesiapa sentun daun semalu dan daunnya tidak tertutup nanti besar akan kahwin dengan anak raja.

No Image Caption

"Berapa banyak daun semalu saya sentuh semuanya tertutup. Frustlah, memang tiada harapan untuk kahwin denggan anak raja dan duduk dalam istana.

"Angan-angan masa kecil. Jalan-jalan di Arau nak tengok istana, mulut ternganga ‘Wow apa lah Raja buat kat dalam istana besar ni?’

"Dalam usia 49 tahun impian jadi kenyataan tapi bukan jadi puteri raja atau kahwin anak raja. Dapat menjejakkan kaki dalam Istana Arau, Tuanku Raja Perlis," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna itu juga berkongsi pengalaman indah ketika memasuki Istana Arau bagi istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat negeri.

Dia juga menzahirkan rasa syukur dapat merasai pengalaman luar biasa yang tidak dapat dirasai oleh semua rakyat jelata.

"Saya dapat dengar alunan muzik tradisional adat istiadat apabila Tuanku melangkah masuk ke dalam Balairung Seri. Ya betul macam dalam fiem-filem Melayu yang ada babak istana dulu-dulu. Memang 'sebijik.'

No Image Caption

"Naik bulu roma saya, tambahan pula apabila lagu negeri Perlis dimainkan. Aura istana buat kaki saya mengigil dan tangan saya sejuk. Dada saya berdebar. Nah, nak sangat masuk istana kan.

"Cantik dan indah. Memang ‘istana’ bukan tipu-tipu. Saya terpaku melihat bunga-bunga segar dan bau wangi semerbak dalam Istana Arau. Speechless.

No Image Caption

"Banyak lagi ingin saya ceritakan pengalaman saya bersama Tuanku Raja Permaisuri. Itu next ya saya cerita. Menjunjung Kasih Tuanku, dapat patik merasa pengalaman indah ini. Daulat tuanku," titip Rita.

Dalam pada itu, pelakon Mami Jarum Junior itu juga berkongsi sama-sama menerima anugerah berkenaan bersama rakan industri, Dr Ezany Nizarif. Siapa sangka, mereka berdua pernah bersekolah di sekolah yang sama dan Rita pernah berhadapan situasi yang melucukan dan digelar 'Kakak Cantik.'

"Saya dan Dr Ezany memang anak jati Perlis. Nombor kad pengenalan kami 09 dan sama-sama bersekolah di Sekolah Rendah Putra. Anak-anak Raja Perlis memang bersekolah di sini masa zaman kami.

"Saya pernah kena kejar dengan salah seorang anak kerabat Raja Perlis sebab dia kata saya ‘Kakak Cantik’.

"Masa tu saya Darjah Enam. Setiap kali dia jumpa saya dia, akan kejar saya," kongsinya.

Sekadar info, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri kepada 185 pada 19 Jun lalu.

Selain Rita dan Dr Ezany, Fasha Sandha antara 69 penerima PJB.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang