Wardina sebak, rindu momen anak masih kecil. 'Amna sudah kahwin, Azra bakal masuk univeristi & Imran sudah jadi imam'

No Image Caption
A
A
A

BEKAS pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot sentiasa menjadi perhatian para peminat biarpun tinggal jauh di Brisbane, Australia.

Seperti kebanyakan ibu, Wardina, 45, tidak terlepas daripada dicengkam rindu apabila anak-anak meningkat dewasa.

Ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu memuat naik video memaparkan permata hatinya semasa kecil.

No Image Caption

Mengimbas kenangan ketika bergelar ibu muda yang mengasuh anak kecil, pemegang watak Misha dalam sitkom Spanar Jaya itu mengakui sebak.

"Semua kenangan ini. Sebak. Kerana semua sudah besar.

"Saya telah mencuba untuk menjadi ibu yang terbaik. Saya menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Semoga ALLAH merahmati anak-anak kita semua.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Saya merindui mereka sekecil ini. ALLAH, masa berlalu begitu saja.

"Anda telah melakukan yang terbaik sebagai mama dan sememangnya tiada yang setanding dengan kasih sayang seorang ibu.

"Mereka semua sudah dewasa, sekelip mata. Subhanallah. Segala puji bagi ALLAH atas kasih yang seumpama kasih sayang seorang ibu. Semoga ALLAH permudah untuk kita besarkan insan soleh dan insan yang memiliki jiwa," titipnya.

No Image Caption

Isteri kesayangan arkitek, Ikhwan Johari itu mendedahkan, menjadi ibu bukan perkara yang mudah. Kesilapan boleh terjadi kerana tiada siapa yang sempurna.

"Izinkan saya berkongsi dengan anda satu fakta. (Mendidik anak ini) akan ada cabaran iaitu mereka kita mungkin akan melakukan kesilapan dan tergelincir.

"Jangan mengharapkan kesempurnaan kerana anda juga tidak sempurna tetapi harapkan yang lebih baik. Hanya buat lebih baik," kongsinya.

Bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 itu juga mengakui dalam mendidik, ibu bapa juga banyak belajar daripada cahaya mata masing-masing. Beliau juga menjelaskan anak-anak perlu disayangi tanpa syarat.

No Image Caption

"Sebanyak mana ibu mengajar anak-anaknya, ibu juga akan belajar daripada mereka. Mereka (anak-anak) juga akan mendidik ibu tentang merendah diri, lebih teguh iman, tawakal, kesabaran dan bertanggungjawab.

"Anak-anak tidak kira apa pun akan kekal sebagai anak anda dan berhak untuk disayangi tanpa syarat.

"Walaupun ibu-ibu rasa ingin berputus asa, tolong jangan. Saya percaya dengan bersikap tegas mereka akan menyayangi mereka sepenuh hati.

Wardina dan keluarga ketika majlis persandingan anak sulungnya, Amna Nafeesa pada Januari lalu.
Wardina dan keluarga ketika majlis persandingan anak sulungnya, Amna Nafeesa pada Januari lalu.

"Amna dah kahwin, Azra akan masuk universiti and Imran pula sudah boleh memandu kereta dan menjadi imam. Tidak lagi kecil seperti dahulu," kongsinya.

Sekadar info, Wardina pernah menjadi pernah menjadi inspirasi wanita berhijab di Malaysia.

Pelakon Lagi-Lagi Senario itu berkahwin dengan Ikhwan Johari pada September 2002.

Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, beliau juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Wardina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang