Zahnita fail perceraian, tidak sanggup terus jadi mangsa. 'Kekuatan saya daripada ALLAH dan doa ibu.'

No Image Caption
A
A
A

MENDAKWA dirinya mangsa keganasan rumah bekas peragawati, Zahnita Wilson membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Mendedahkan menjadi mangsa kezaliman suami selama bertahun-tahun, pelakon Kuliah Cinta itu nekad memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.

Lapor portal berita tempatan, pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu bertindak demikian kerana tidak sanggup dirinya terus dizalimi sejak beberapa bulan lalu.

No Image Caption

"Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini adalah Tuhan dan sokongan daripada ibu saya. Doanya mengiringi perjalanan saya hari ini.

"Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah, ALLAH beri kekuatan itu," katanya.

Model yang kini mengusahakan perniagaan pai itu menzahirkan rasa syukur apabila suaminya itu sudah ditahan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Saya lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa perlu ada perasaan risau. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi kepada saya.

"Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

"Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.

"Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini," jelasnya yang enggan mendedahkan butiran lanjut kejadian itu memandangkan ia masih dalam siasatan polis.

Sebelum ini, SinarPlus berkongsi berita mengejutkan apabila bekas peragawati itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.

No Image Caption

Warganet dan para peminat mendakwa tidak dapat menduga kehidupan Zahnita sebagai isteri dan ibu yang terlihat bahagia di laman sosial menyimpan seribu duka di sebaliknya.

Malah sumber terdekat mendedahkan Zahnita memilih untuk menutup mulut sehinggakan ahli keluarganya juga tidak tahu situasi derita dalam rumah tangganya.

Hantaran dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam yang dimuat naik aktres itu di media sosial mengejutkan ramai.

Sebelum ini, personaliti berdarah kacukan Melayu-New Zealand itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Sekadar rekod, Zahnita dan Abdul Zackery berkahwin pada 2005. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang