Zehra belum jadi cerai, enggan terima perpisahan bersyarat. Kes sambung 14 Julai. 'Tunjukkan rasa simpati kepada saya...'

No Image Caption
A
A
A

KEMELUT rumah tangga penyanyi, Zehra Zambri, masih belum menemui penghujung apabila suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, gagal melafazkan cerai pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Difahamkan, situasi itu berlaku kerana Zehra tidak berada dalam keadaan suci selain tidak bersetuju untuk menggugurkan empat daripada lima tuntutan yang difailkan dalam permohonan perceraian terhadap suaminya sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelantun lagu Gelisah Berbisik kepada SinarPlus sejurus selesai prosiding kedua yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Rabu.

"Sebentar tadi dia ada mengatakan kerelaan untuk melepaskan saya tetapi bersyarat yang mana beberapa tuntutan permohonan cerai perlu digugurkan terutamanya berkenaan nafkah.

"Namun, saya tidak bersetuju apabila dia mahu melepaskan saya dengan syarat tersebut kerana saya ada justifikasi saya, sebab-sebab saya (memohon cerai).

"Masa sama perceraian tidak dapat diteruskan kerana saya berada dalam keadaan tidak suci.

"Saya sentiasa berdoa agar ALLAH permudahkan dan bukakan hati dia untuk ada sedikit rasa simpati dan empati kepada saya yang nak besarkan anak dengan baik dan mental yang sihat,". katanya.

Dalam masa sama, peguam yang mewakili Zehra, Abd Muiz Samsuri berkata, anak guamnya telah melantik bapa kandung, Zambri Ahmad sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pihak plaintif.

Artikel Berkaitan:

Namun begitu, pihak defendan tidak membawa wakil JKP seperti yang sepatutnya dan diarahkan berbuat demikian pada tarikh baharu yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Abd Muiz turut memaklumkan prosiding seterusnya dijadualkan semula pada 14 Julai depan bagi tujuan pembentangan laporan JKP di mahkamah.

Dalam perkembangan sama, Nur Mohd Iqwan turut mengesahkan ketidakhadiran wakilnya atas alasan individu berkenaan mempunyai urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

"Saya telah melantik kawan rapat saya seorang lelaki yang tahu selok belok hubungan rumah tangga kami sejak mendirikan rumah tangga lebih tiga tahu lalu.

"Namun, hari ini dia tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan kecemasan," kongsinya.

Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suami, Nur Mohd Iqwan selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.

Nur Mohd Iqwan juga pernah berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu dan antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan.

Sebagai rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Nur Mohd Iqwan juga pernah mendirikan rummah tangga dan memiliki dua cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang