Suami beri 'hint' bercerai hari ini, Zehra Zambri bersedia jika Iqwan lafaz talak

PENYANYI, Zehra Zambri hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu bagi sebutan kedua permohonan perceraiannya yang dibuat terhadap suaminya, Nur Muhd Iqwan Samsudin.
Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh hari ini bagi proses pelantikan JawatanKuasa Pendamai (JKP) bagi kedua-dua pihak.
Zehra turut ditemani bapanya, Zambri Ahmad yang juga wakil JKP yang dilantik pihak plaintif.
Ketika ditemui SinarPlus, pelantun lagu Gelisah Berbisik berkongsi dia dan suaminya sudah dua minggu tidak tinggal sebumbung selepas tuduhan yang dilemparkan pasangannya di media sosial.
"Dua minggu sudah saya tingal di rumah keluarga saya sejak kenyataan yang dikeluarkan (suaminya), manakala minggu lepas dia sudah bawa barangnya keluar dari kediaman saya.
"Kami masih berhubung tetapi hanya mengenai anak, seperti semalam dia tiba-tiba rindukan anak, jadi berjumpa di lobi rumah," katanya.
Dalam perkembangan sama, Zehra tidak menaruhkan sebarang harapan mengenai perjalanan rumah tangganya, malah bersedia jika dilepaskan hari ini.
Ia susulan, Iqwan menerusi hantaran thread pada pagi ini memaklumkan seolah-olah tarikh 7 Mei 2025 sebagai tanda perpisahan mereka sebagai suami isteri.
"Bismillahirrahmanirrahim, 07052025 BUBAR," tulis Iqwan.
Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suami, Nur Muhd Iqwan Samsudin selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.
Iqwan juga pernah berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu dan antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan.
Sebagai rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah mendirikan rummah tangga dan memiliki dua cahaya mata.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang