'Moga esok kan lebih bercahaya'- Catriona, Puteri Sarah turut bantu 'rider' Indonesia

No Image Caption
A
A
A

KEMELUT yang melanda Indonesia ketika ini nyata mencetuskan rasa simpati mendalam bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di negara itu, malah turut menyentuh hati rakyat Malaysia.

Tular di media sosial, ramai warganet tempatan tampil menghulurkan bantuan kepada pemandu penghantar makanan atau ‘rider’ e-hailing di republik berkenaan. 

Caranya cukup mudah iaitu dengan membuat pesanan makanan melalui aplikasi seperti Gojek atau GrabFood, sebelum diminta agar pesanan tersebut dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan rider terbabit.

Tidak terkecuali, beberapa selebriti tanah air turut sama menghulurkan sumbangan ringkas tetapi penuh bermakna. 

Antaranya ialah pelakon terkenal, Catriona Ross, yang berkongsi pengalamannya membantu sebuah keluarga di Makassar menerusi platform media sosial.

“Saya turut serta membantu sebuah keluarga di Makassar. Pesan makanan melalui aplikasi Gojek. Bagi yang tidak mahu membantu, lebih baik diam sahaja. Bagi yang ingin membantu, silakan. Makanan dan minuman yang dibeli itu pun bukan guna duit anda. Apa pun, buat Indonesia, semoga esok lebih bercahaya.

No Image Caption

“Saya benar-benar bangga dengan rakyat Malaysia. Ramai yang berbondong-bondong membantu jiran sebelah. Pesan GrabFood di Jakarta, kemudian apabila mendapat mesej daripada ojol (ojek online), mereka malah meminta makanan itu dibawa pulang untuk keluarga mereka sendiri. Semoga Indonesia cepat pulih dan sentiasa diberikan kekuatan. Salam hormat dari Kuala Lumpur,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Sikap prihatin itu turut disahut pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan dirinya juga mengambil bahagian dalam usaha murni berkenaan.

“Alhamdulillah, saya pun sudah lakukan bahagian saya. Cepat sembuh, Indonesia,” kongsinya menerusi aplikasi Threads.

No Image Caption

Tindakan kedua-dua selebriti tersebut nyata mendapat pujian ramai kerana bukan sahaja mencerminkan semangat kemanusiaan, malah menyerlahkan keakraban hubungan antara masyarakat Malaysia dan Indonesia yang sentiasa erat sebagai jiran serumpun.

Semoga inisiatif kecil yang dilakukan oleh orang ramai serta selebriti tanah air ini menjadi penguat semangat buat masyarakat Indonesia yang sedang berdepan kesukaran, sekali gus menzahirkan harapan agar 'esok kan lebih bercahaya.'

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang