Maryam & Ryzal elak bergaduh depan anak, akui burnout dalam rumah tangga itu realiti: 'Penat tapi sabar & bertolak ansur'

No Image Caption
A
A
A

MENJADI ibu bapa bukan sekadar tentang membesarkan anak, tetapi juga bagaimana mengawal emosi dan komunikasi dalam rumah tangga.

Itulah yang cuba diamalkan oleh pasangan selebriti popular, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim, yang kini semakin matang menempuh fasa kehidupan berkeluarga.

Ketika ditemu bual oleh SinarPlus, Ryzal tidak berselindung apabila mengakui bahawa fasa membesarkan anak kecil sambil bekerja dan mengurus rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah.

No Image Caption

Tambah pula apabila kedua-duanya sering berdepan tekanan dan rasa burnout.

“Saya punya nasihat kepada suami yang ada isteri burnout sebab kerja dan jaga anak dekat luar, kita faham perasaan isteri yang burnout.

"Kalau nak dibandingkan, Maryam lebih banyak bekerja daripada saya. Saya lebih fokus pelaburan dan kerja saya dilakukan dari rumah. Jadi, selagi ada masa, saya akan bantu jaga anak dan siapkan kerja rumah saya akan buat.

"Tetapi, Maryam pun faham. Dia tak boleh nak letak semua urusan kerja rumah pada saya.

"Kalau balik rumah, penat macam mana sekali pun, dia akan sambung buat kerja rumah yang saya tak sempat siapkan,” ujar Ryzal jujur.

Menurutnya, setiap pasangan suami isteri perlu ada sikap saling memahami kerana rumah tangga yang bahagia tidak terbina dengan kesempurnaan, sebaliknya dengan tolak ansur dan tanggungjawab yang dikongsi bersama.

“Kami masing-masing ada peranan. Dia kerja, saya jaga anak. Dua-dua sama-sama penat, tapi kami belajar untuk saling bertolak ansur.

"Kadang-kadang ada juga terasa hati, tapi elakkan bergaduh depan anak.

"Bila dah ada anak, kita tak boleh jadikan penat atau tekanan sebagai alasan,” katanya.

Sementara itu, Maryam mengakui, kehadiran anak membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam menunjukkan emosi dan tingkah laku di rumah.

No Image Caption

“Bila ada Nina dan dia akan tengok. Jadi kita tak boleh nak tunjuk perasaan (bergaduh) antara satu sama lain.

"Jadi, masing-masing hanya buat muka supaya elak bergaduh depan Nina," kongsi Maryam sambil tertawa.

Pasangan berkenaan juga percaya, apabila suasana rumah tangga tenang, anak juga akan membesar dengan lebih bahagia dan berkeyakinan.

ANAK ITU REZEKI

Walaupun mengakui adakalanya sampai ke tahap benar-benar penat, ibu kepada sepasang cahaya mata itu tetap melihat situasi tersebut dari sudut positif.

“Sekarang ini memang betul-betul penat sampai rasa nak burnout juga kadang-kadang, tapi saya cuba sabar.

"Saya anggap semua ini rezeki. Bila sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, saya tetap bersyukur sebab kalau tak ada kerja, lagi menyedihkan,” ujarnya.

Bagi Maryam lagi, rasa penat bukan beban, sebaliknya satu tanda bahawa mereka masih dikurniakan tanggungjawab dan peluang oleh ALLAH untuk terus berusaha demi keluarga.

No Image Caption

Dalam temu bual sama, Ryzal turut berkongsi pandangannya tentang konsep 'anak itu rezeki' yang sering disalah tafsir oleh segelintir pasangan.

“Orang salah anggap. Kadang-kadang anak itu rezeki, tapi dia kena fikir anak itu rezeki bila kau mampu.

"Bila tak mampu, dia tak boleh fikir ‘ok, anak itu rezeki’. Bila dapat anak, kalau bagi rezeki tak? Salah konsep,” katanya.

Ryzal menambah, pandangan itu turut disokong oleh ustaz yang pernah dirujuknya, anak memang rezeki, tetapi tanggungjawab, kesihatan dan kestabilan kewangan juga perlu diambil kira.

“Anak itu rezeki, betul, tapi janganlah buat anak kalau tak ada kemampuan untuk jaga dari segi kesihatan, kewangan dan masa,” tegasnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut meraikan pencapaian baharu apabila membuka cawangan kedua restoran K Garden di KL East Mall, Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

Restoran BBQ Korea mesra Muslim yang diasaskan oleh Maryam dan Ryzal itu menjadi simbol usaha gigih mereka dalam mengembangkan perniagaan sambil membesarkan anak-anak kecil.

Pembukaan cawangan baharu itu diserikan dengan kehadiran ramai selebriti dan pempengaruh seperti Shah Jaszle, Imran Aqil, Dahlia Rizal, Munabella dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang