Rodtang Jitmuangnon curi perhatian dunia, pakai baju Melayu jenama 'Terpalinggg Mendonia 2025' di pentas sukan Muay Thai antarabangsa

No Image Caption
A
A
A

DALAM dunia seni bela diri, hanya yang terbaik mampu mencuri perhatian.

Kali ini, bukan sekadar aksi dalam gelanggang, tetapi fesyen juga turut menjadi tumpuan! Rodtang Jitmuangnon, jaguh Muay Thai yang terkenal dengan ketangkasan dan ketahanannya, tampil luar biasa ketika sesi Face-Off menentang Takeru Segawa untuk ONE 172 yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini di Saitama Super Arena, Jepun.

Namun, bukan sahaja aksi dan persaingan yang menjadi bualan, tetapi penampilan Rodtang yang penuh gaya dan simbolik! Juara ONE Championship yang digelar The Iron Man itu memilih untuk menyarung baju Melayu hitam lengkap dengan samping, satu langkah berani yang berjaya mencuri perhatian dunia!

Dalam satu perkongsian di media sosial rasmi @OneChampionship, Rodtang turut berkongsi mengapa beliau memilih untuk mengenakan pakaian tradisional Melayu itu.

“This is the month of Ramadan, so I’m wearing this to represent Muslim.”ujarnya.

No Image Caption

Ungkapan ringkas tetapi penuh makna tersebut menunjukkan penghormatan Rodtang terhadap budaya dan agama, sekali gus menjadikan baju Melayu Elrah Exclusive sebagai lambang kebanggaan di pentas global.

Tidak ketinggalan, pengasas jenama Elrah Exclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, turut berkongsi momen bersejarah ini di media sosial. Beliau meluahkan rasa bangga kerana baju Melayu tidak lagi sekadar busana tempatan, tetapi kini dijulang di persada antarabangsa!

"Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh—itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang."

"Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?"

Lambang keberanian

Selain rekaan baju Melayu yang eksklusif, warna hitam yang dipilih untuk Rodtang turut mempunyai makna tersendiri. El Azman menjelaskan bahawa warna hitam bukan sekadar warna biasa, tetapi melambangkan keteguhan, keberanian, serta keanggunan.

No Image Caption

“Warna hitam sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan, serta misteri. Namun, di sebalik kemegahannya, hitam juga dapat mewakili ketegasan dan keseriusan.”

Dari perspektif psikologi, warna ini mampu memberikan keyakinan dan dominasi, menjadikannya pilihan yang tepat untuk seseorang seperti Rodtang yang sentiasa bersedia untuk bertempur.

Fenomena ini membuktikan bahawa jenama fesyen tempatan berupaya bersaing di pentas antarabangsa. Elrah Exclusive kini bukan sekadar nama dalam industri fesyen Malaysia, tetapi sudah mula menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi perbualan ramai.

Bukan sahaja dalam dunia fesyen, tetapi label itu berjaya mencipta impak dalam industri sukan tempur apabila berjaya meyakinkan seorang lagenda Muay Thai untuk menggayakan pakaian tradisi Melayu di pentas dunia.

Kolaborasi antara Elrah Exclusive dan Rodtang ini membuktikan bahawa budaya dan warisan kita mampu diangkat ke peringkat lebih tinggi. Netizen dari pelbagai platform media sosial turut meluahkan rasa bangga melihat juara dunia berbusana tradisional Melayu dan membawa identiti negara ke mata dunia.

Dengan kejayaan tersebut, jenama berkenaan terus mengorak langkah untuk mengangkat maruah bangsa dan warisan kita. Terpalingggg Mendonia 2025! Ini bukan sekadar fesyen, ia adalah legasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang