‘Bila touch down, bermula rasa cinta’ – Syed Saddiq imbau detik jatuh hati kepada Bella Astillah di Sabah

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, bumi Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya menyimpan kenangan cukup istimewa buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan isterinya, Bella Astillah.

Bukan sekadar destinasi yang pernah dikunjungi bersama atas urusan kerja, Negeri di Bawah Bayu itu rupa-rupanya menjadi titik permulaan kisah cinta pasangan berkenaan sebelum akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

Berkongsi perkara itu ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu, Syed Saddiq mengimbas kembali bagaimana hubungan mereka yang pada awalnya sekadar rakan profesional mula berubah selepas beberapa kali menjalani penggambaran bersama.

Menurutnya, selepas beberapa bulan bekerja bersama dan mengunjungi beberapa lokasi termasuk Singapura, Johor serta Pahang, perasaan cinta itu masih belum berputik.

Namun, segalanya berubah sebaik mereka menjejakkan kaki ke Sabah, sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

No Image Caption

"Ini isteri saya tak tahulah, tapi saya tak perlu dapat pengesahan daripada isteri. Pada peringkat awal memang betul, kita hanya sekadar kawan dalam kerjasama profesional.

"Tetapi ada sebuah negeri yang saya tak tahu bagaimana keistimewaannya dan keluarbiasaannya yang membenarkan dan memulakan kisah cinta itu.

"As we touch down, it was the beginning of our love journey. Ia bermula di Sabah, saya rasa it was almost sealed in Sabah juga selepas kita turun daripada Gunung Kinabalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah, pengalaman mengunjungi pulau demi pulau bagi menyampaikan bantuan turut membuka ruang buat Syed Saddiq mengenali Bella dengan lebih dekat, khususnya sisi wanita itu sebagai seorang ibu.

Jelasnya, dia cukup tersentuh melihat bagaimana Bella sentiasa meluangkan masa menghubungi anak-anaknya, Ara dan Ayden setiap hari, selain menunjukkan keprihatinan ketika bertemu masyarakat di kampung-kampung.

No Image Caption

Pengalaman itu membuatkan Syed Saddiq melihat Bella bukan sekadar seorang pelakon dan penyanyi, sebaliknya wanita yang mempunyai kasih sayang cukup besar terhadap keluarga serta orang sekeliling.

"That's when I saw a different side of Bella. Bukan setakat seorang pelakon dan penyanyi, tetapi saya lihat betapa cintanya Bella kepada anaknya.

"Bukan setiap hari, pagi, petang, malam, masa makan pun akan menghubungi anak-anaknya," ujarnya.

Mengimbas perjalanan cinta mereka, Syed Saddiq menyifatkan Sabah sebagai lokasi yang cukup bermakna, bermula dari kawasan tertinggi Gunung Kinabalu sehinggalah ke lautan luas di Semporna.

Lebih manis, negeri itu sekali lagi menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka apabila pasangan berkenaan meraikan perkahwinan bersama masyarakat Sabah.

Dalam ucapan sama, Syed Saddiq turut meluahkan penghargaan buat Bella yang disifatkan banyak mengubah dirinya menjadi insan lebih baik, bukan sahaja sebagai lelaki dan suami, malah seorang bapa.

No Image Caption

"I just want to say one thing to my beloved wife. Thank you for teaching me how to be a better man, a better husband, a better father.

"Tapi yang lebih penting adalah untuk memperkenalkan saya kepada dunia di luar kerjaya profesional politik," katanya.

Malah, dia mengakui kehidupan selepas mendirikan rumah tangga membuatkan dirinya lebih ceria sehingga perubahan itu turut disedari orang sekeliling ketika berada di Parlimen.

"Ramai orang bila saya pergi ke Parlimen orang kata, 'Saddiq, you look happier'. Asyik senyum. Saya kata manakan tidak kerana sudah berkahwin. Isteri pula Bella Astillah.

"Saya harap tempoh honeymoon ini berkekalan sampai bila-bila," katanya.

Tidak melupakan dua insan istimewa dalam kehidupan mereka, Syed Saddiq turut menitipkan penghargaan buat Ara dan Ayden kerana menerimanya sebagai figura bapa.

No Image Caption

Meskipun baru tiga minggu tinggal bersama, dia mengakui sudah mula mengenali rutin harian kedua-dua anak tirinya itu, termasuk waktu bangun pagi, tidur dan makan.

"Thank you very much for allowing me to be your dad. I promise to be a responsible dad.

"Saya tahu kadang-kadang daddy terlebih disiplin soal tidur, soal makan. But they are amazing kids," katanya.

Malah, Syed Saddiq tidak teragak-agak mengakui segala nilai baik yang ditonjolkan Ara dan Ayden adalah hasil didikan Bella sebagai ibu.

Jelasnya, dia cukup bangga memiliki Bella sebagai isteri dan menghargai peranan wanita itu dalam membentuk keluarga mereka.

Difahamkan, kira-kira 20,000 orang dari seluruh Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei hadir memeriahkan Kenduri Rakyat berkenaan.

Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118 sebelum meneruskan sambutan perkahwinan menerusi Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada minggu lalu.

Sumber: TikTok

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang