‘Peguam saya akan jawab semua’ – Keluarga mentua hadir mahkamah untuk prosiding pertuduhan, kelibat Prince Syed ditemani Fatin raih tumpuan!

FOTO NSTP
FOTO NSTP
A
A
A

KEHADIRAN pempengaruh dan usahawan, Prince Syed, 33, bersama isteri, Fatin Syazwani Ishak, 27, ke Mahkamah Majistret baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. 

Pasangan itu hadir untuk mengikuti prosiding yang melibatkan keluarga mentua mereka, namun tetap mengekalkan wajah tenang dan profesional walaupun menjadi tumpuan media.

"“Setakat ini kita tak tahu apa-apa lagi, tetapi nanti peguam saya akan jawab semua,” kata Prince Syed ringkas kepada Gempak.

Sementara itu, ibu bapa mentua Prince Syed, Aminah Haniffa, 55 dan Ishak Saif, 59, bersama dua adik ipar, Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22, dan Muhd Syahmi Faiz Ishak, 31, tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi. 

Mereka kelihatan tenang dan mesra, tersenyum ketika disapa media, menampilkan wajah yang cuba mengekalkan ketenangan walaupun dibebani situasi sukar.

FOTO NSTP
FOTO NSTP

Memetik Harian Metro, Aminah, Ishak dan Muhammad Ikhwan Alif dipercayai akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323/34 Kanun Keseksaan, manakala Muhd Syahmi Faiz dipercayai berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Kejadian bermula apabila mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 2 November lalu selepas berlaku perselisihan faham dengan Prince Syed di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan. 

FOTO NSTP
FOTO NSTP

Bagaimanapun, semua yang ditahan dibebaskan dari lokap pada 3 November kira-kira jam 7 malam.

Ketegangan antara Aminah dan menantunya dipercayai tercetus selepas tular sebuah video di media sosial, yang mana Aminah mendakwa Prince Syed menghalang beliau berjumpa anak dan cucu. 

Dalam video tersebut, Aminah turut mendakwa bahawa perkahwinan Prince Syed dengan Fatin Syazwani didakwa mempunyai tujuan tertentu, termasuk memaksa Fatin menjalani pembedahan bariatrik demi menjual produk pelangsingan badan. 

Dakwaan ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi hangat dalam kalangan netizen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang