'Wanita tabah yang luar biasa.' Bella Astillah sebak terima Anugerah Ikon Ibu Muda

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 31, menjadi penerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025.

Anugerah berbentuk sijil, selempang dan sejambak bunga itu disampaikan isteri kepada Yang di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang berkata pada mulanya beliau berasa seperti tidak percaya apabila diumumkan menjadi penerima anugerah itu.

Menerusi perkongsian sebuah video di di TikTok, Bella tidak dapat menahan sebak naik ke pentas menerima anugerah berkenaan.

Foto: Facebook KPWKM
Foto: Facebook KPWKM

Malah ketika menyampaikan lagu Kau Segalanya dendangan asal Ruth Sahanaya, penyanyi itu tidak dapat menahan tangisan memperkenalkan ibunya, Siti Zarina Astillah kepada hadirin dan mencium tangan ibu.

"Alhamdulillah saya benar-benar berbesar hati dipilih sebagai Ikon Ibu Muda.

"Saya jujurnya merasakan ada lagi ibu-ibu yang layak menerima gelaran itu.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi saya percaya ini adalah rezeki daripada-NYA. Syukur Alhamdulillah saya lebih daripada bersyukur.

"Selamat hari ibu," kongsi Bella di IG Story.

Foto: Facebook KPWKM
Foto: Facebook KPWKM

Dalam pada itu, menerusi portal berita tempatan, Bella turut berkongsi kepada golongan ibu muda khususnya ibu tunggal yang bekerjaya untuk sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.

"Mungkin saya belum berkelayakan sepenuhnya (untuk memberi nasihat) sebab saya pun (ibu) muda tapi sedikit sebanyak saya boleh berkongsi. Sejujurnya bila kita sudah menjadi seorang ibu, kita akan melebihkan anak-anak kita.

"Sebenarnya apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang dan sebagai ibu seperti saya ini, yang mana saya juga seorang bapa, saya mengutamakan masa kerana untuk anak-anak saya, kewangan bukan keutamaan kerana di usia kecil mereka ini, mereka perlukan 'bonding time'.

"Sebab itulah masa (ketika anak-anak masih kecil) macam ini sangat berharga. Apabila mereka membesar, mereka akan ingat di mana walaupun saya sibuk mencari rezeki tetapi mereka nampak kesungguhan ibu mereka untuk terus selit masa, menggembirakan dan meluangkan masa bersama mereka," katanya.

Foto: Facebook KPWKM
Foto: Facebook KPWKM

Ibu kepada Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dan Ara Adreanna Mohammad Aliff itu juga menyeru kepada semua golongan ibu muda untuk terus memberikan yang terbaik terutamanya kepada anak-anak.

"Kita harus sentiasa mara ke depan dan jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kerana itu bukan urusan kita. Kita hanya lalui proses ini dengan tawakal dan berlapang dada.

"Selepas itu, kita serahkan kepada ALLAH. Apa yang penting nikmati setiap detik buat masa ini, apa yang ada dengan kita, kita bersyukur... itu adalah kunci utama," katanya.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Bella dan mengakui beliau layak menerima anugerah berkenaan.

"Alhamdulillah. Tahniah bella ikon ibu muda yang berjaya, wanita yang luar biasa."

"Bella anak yang hebat kerana lahir daripada ibu yang hebat. Selamat hari ibu buat ibu-ibu di seluruh dunia."

"Rezeki tak salah alamat. Tahniah Bella dan keluarganya yang tidak henti menyokongnya dari belakang. Great support system."

Sekadar info, Anugerah Ikon Ibu Muda diperkenalkan buat julung kali dan Bella adalah penerima pertama.

Selain itu, Anugerah Ibu Inspirasi 2025 diberikan kepada Kasmirah Jaafar, anak kelahiran Bekok, Johor, yang menghabiskan lebih separuh daripada usianya di Sabah.

Sekadar info, Bella terdahulu mendirikan rumah tangga dengan peyanyi Aliff Aziz pada pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Mereka berpisah buat kali kedua pada Jun 2024 selepas Bella memfailkan cerai ekspres pada 11 Mac 2024.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang