Run Star Trainer bangkit semangat evergreen, rekaan terbaharu gabungan ciri sukan terbaik masa lampau & moden

No Image Caption
A
A
A

CONVERSE memperkenalkan rekaan kasut terkini, Run Star Trainer dengan gabungan ciri sukan terbaik masa lampau dan gaya hidup moden versatil.

Jenama popular itu berkata, satu kelainan dibawakan untuk fitur baharu tersebut yang mensintesiskan DNA Converse dengan cetusan ilham daripada seni tembikar.

“Run Star Trainer menterjemahkan hampir 20 siluet warisan Converse, yang mana ia direka khusus untuk sukan karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan lari berhalangan.

No Image Caption

“Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham daripada rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit, selain menerapkan logo bintang kasut Run Star Hike yang terkenal pada 2019,” katanya.

No Image Caption

Berikut antara lain keunikan Run Star Trainer:

i) Gabungan bahan seperti nilon, suede dan kulit premium.

No Image Caption

ii) Seleksi warna berani seperti wren emas, biru, merah, egret dan Hitam.

iii) Harga jualan bermula RM399.

No Image Caption

Run Star Trainer Converse boleh dibeli di seluruh dunia bermula 18 Jun lalu di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang