Rasai pengalaman dalam bilik bedah! SMVC lancar kempen ‘Shaping the Future of Surgery’ pembedahan guna kaedah robotik
Masih ramai yang fikir jika buat pembedahan mesti sakit dan perlukan masa pemulihan yang panjang, betul tak?
Sehubungan dengan itu, baru-baru ini Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) telah melancarkan kempen 'Shaping the Future of Surgery' sebagai usaha mendidik orang ramai tentang cara teknologi penjagaan kesihatan dipertingkatkan yang boleh memberi manfaat kepada kesejahteraan mereka pada jangka masa panjang.
Dengan kemajuan dalam teknologi perubatan kini, proses pembedahan telah beralih daripada secara tradisional kepada pembedahan invasif yang minimum dengan menghasilkan kesan pemulihan lebih lancar untuk pesakit.
Menurut Perunding Urologi daripada SMCV, Dato’ Dr Selvalingam Sothilingam, terdapat banyak kebimbangan mengenai prosedur invasif, dan ketakutan ini bukan tidak berasas kerana terdapat banyak ketidakpastian yang datang bersama-sama dengan mana-mana prosedur.
Bagaimanapun, dengan gabungan teknologi dan kemahiran yang betul, pesakit akan dapat kembali ke rutin harian mereka secepat mungkin. Oleh sebab itu pihak SMCV memperkenalkan kempen ini untuk menangani kebimbangan mereka dan memberi mereka jaminan serta ketenangan fikiran.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan, Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan Kumpulan Perubatan Sunway, Dr Khoo Chow Huat berkata, "Seiring dengan kemajuan teknologi penjagaan kesihatan, kemunculan pembedahan robotik telah mengubah prosedur pembedahan dan menawarkan hasil yang lebih baik untuk kedua-dua pakar bedah dan pesakit. Kemajuan ini membolehkan kami untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat dengan lebih baik dari semasa ke semasa.”
Kempen dengan slogan 'Sooner than Expected' ini mempamerkan realiti dan kemungkinan hasil daripada pembedahan dibantu robotik dan bagaimana pesakit boleh menyambung semula aktiviti harian mereka dalam tempoh lebih singkat.
Orang ramai kini boleh merasai sendiri pengalaman seperti berada di bilik bedah dengan menghadirkan diri di Pusat Perubatan Sunway Velocity menggunakan teknologi VR ‘Shaping the Future of Surgery’ hingga 30 Jun 2024, untuk meneroka dan memahami kemajuan inovatif ini dalam bidang pembedahan.
Melalui inisiatif ini, SMCV berharap untuk mengurangkan kebimbangan pesakit untuk menjalani prosedur pembedahan, dan menggalakkan mereka untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk mereka dengan bimbingan daripada pihak hospital yang dipercayai mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang