Pizza Durian Cheese menu unik terbaharu Pizza Hut
PIZZA Hut Malaysia membawa kembali piza kegemaran ramai, Durian Cheese Pizza. Gabungan keju mozarela berkrim dengan durian D24 ini boleh didapati di restoran Pizza Hut terpilih di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2024.
Durian Cheese Pizza, yang kembali buat kali kedua, boleh didapati sebagai Piza Biasa Ala-Carte untuk hanya RM41.90. Ia juga boleh didapati dalam set Hidangan Peribadi MyBox dengan harga bermula dari RM19.90, yang menampilkan Durian Cheese Personal Pizza atau Melts berserta satu hidangan sampingan dan minuman.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memenuhi selera pelanggan.
“Selama lebih empat dekad, kami sentiasa menginovasi piza kami bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Durian sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, digabungkan dengan keju mozarela berkrim, menghasilkan gabungan rasa yang unik pada piza kami.
Durian Cheese Pizza boleh dinikmati di restoran, bawa pulang dan penghantaran dalam talian di semua restoran Pizza Hut di seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi www.pizzahut.com.my.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang