WonderLab dan WonderDewi perkenal produk baharu sempena ulang tahun ke-5, tawaran pembelian produk kecantikan ala runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Popup The Starhill
SEMPENA meraikan sambutan ulang tahun kelima, produk kecantikan dan kesejahteraan, WonderLab dan WonderDewi memperkenal dua produk wajah terbaharu iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi.
Kedua-dua produk itu dilancarkan dalam satu majlis WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, sebuah acara jualan sementara di The Starhill Bukit Bintang yang mana orang ramai dijemput untuk merasai pengalaman penjagaan kulit bersama aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International yang juga pemilik jenama WonderLab dan WonderDewi, Hoe Kian Choon, kedua-dua produk yang baharu dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaharu, sekali gus memberikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia.
“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain daripada yang biasa.
"Kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat usia baik daripada pengguna yang baharu berjinak-jinak dengan dunia penjagaan kulit ataupun mereka yang lebih arif.
"Kami juga bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” tambah Kian Choon.
WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menawarkan produk untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang. Sementara WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baharu dengan produk yang melegakan, mencerahkan dan menghidrasi kulit.
Keajaiban penjagaan kulit
Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri keajaiban penjagaan kulit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up yang mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di The Starhill Bukit Bintang, dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 29 Ogos sehingga 1 September 2024.
Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti permainan mini yang nostalgik dan analisa kulit percuma.
Pop-up mart itu juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10 peratus seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak dapat menyertai acara ini, anda masih boleh menikmati tawaran eksklusif melalui penstriman secara langsung selama 48 jam di laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang