Dari RTW ke wangian rumah, Amber makin gah! 6 selebriti gred A wajah rasmi jenama, simbolik gaya hidup premium & moden!

No Image Caption
A
A
A

JENAMA gaya hidup mewah, Amber yang bernaung di bawah Usanita Sdn Bhd, terus mencuri perhatian dengan pengumuman pelantikan enam selebriti gred A sebagai wajah rasmi jenama itu.

Nama-nama besar seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah kini menjadi nadi utama dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Amber dalam industri fesyen, kecantikan, dan gaya hidup tempatan.

Langkah itu tidak hanya dianggap strategik tetapi juga sebagai simbolik kepada dedikasi Amber dalam mencipta gelombang baharu untuk jenama mereka.

Keenam-enam selebriti tersebut membawa pelbagai elemen unik – daripada kemodenan, keberanian, hingga keanggunan – sekaligus menjadikan Amber nama yang relevan untuk semua lapisan masyarakat.

No Image Caption

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, kehadiran mereka sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga melambangkan aspirasi gaya hidup premium dan moden yang Amber ingin tonjolkan.

Gabungan fesyen dan keanggunan

Dalam majlis pelancaran yang penuh gemilang di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, Amber turut memperkenalkan butik flagship pertamanya.

Dengan reka bentuk dalaman mewah dan pengalaman membeli-belah eksklusif, butik ini dijangka menjadi destinasi pilihan pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Selain menampilkan koleksi pakaian sedia pakai (RTW), butik ini turut menawarkan perkhidmatan eksklusif Amber Bespoke – pakaian tempahan khas yang disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan. Pendekatan ini menekankan sentuhan peribadi yang unik, menjadikan setiap busana satu pernyataan gaya individu.

No Image Caption

“Kami memahami bahawa setiap pelanggan adalah unik. Dengan Amber Bespoke, mereka boleh memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut keinginan masing-masing. Ini adalah pengalaman membeli-belah premium yang kami tawarkan,” tambah Datuk Adzliana.

Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama untuk memenuhi keperluan berbeza pelanggan:

1. Amber RTW – Koleksi pakaian RTW yang menggabungkan elemen kasual dan elegan.

2. Amber Beauty – Rangkaian produk kecantikan eksklusif termasuk kosmetik dan wangian.

3. Amber Home– Koleksi wangian rumah mewah seperti lilin aromaterapi dan semburan wangian rumah.

Dengan pelbagai penawaran ini, Amber bukan sahaja memenuhi keperluan gaya hidup moden tetapi juga membawa aura kemewahan ke dalam rumah dan kehidupan seharian pelanggan.

Pemilihan wajah-wajah terkenal ini juga mencerminkan visi Amber dalam mendekati pelbagai golongan masyarakat.

No Image Caption

Antaranya Awal Ashaari & Scha Alyahya, pasangan selebriti ikonik, melambangkan gaya hidup moden dan keluarga bahagia. Sementara Aina Abdul, penyanyi dengan gaya unik, memberikan sentuhan kreativiti dan keberanian kepada jenama.

Dalam pada itu, pelakon popular, Fattah Amin dan Nora Danish pula menjadi inspirasi keseimbangan antara gaya hidup profesional dan kekeluargaan. Tidak ketinggalan, Sophia Albarakbah, bintang muda mewakili generasi baharu yang berani, anggun, dan inovatif.

Kombinasi tersebut nyata memberikan Amber kelebihan untuk mendekati pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat baik daripada pasangan muda, profesional hingga generasi baharu yang mahukan ekspresi diri yang berbeza.

Bukan itu sahaja, menerusi tawaran harga yang kompetitif, Amber terus memegang teguh visinya untuk memberikan pengalaman premium yang mampu diakses oleh semua golongan. Walaupun memfokuskan kepada kualiti dan keanggunan, Amber memastikan produk mereka tetap relevan dan mampu dimiliki.

No Image Caption

Langkah berkenaan menjadi bukti bahawa Amber bukan sekadar jenama gaya hidup, tetapi juga berimpak dalam membentuk naratif fesyen dan kecantikan di Malaysia. Dengan misi meluaskan sayap ke pasaran serantau, label berkenaan bersedia untuk membawa jenama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Sememangnya, Amber membuktikan bahawa kemewahan tidak semestinya eksklusif. Ia mampu diakses, relevan, dan memberi makna kepada semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang