Gaya ada makna: MFC angkat fesyen Malaysia rentasi budaya, ekonomi & identiti

JIKA selama ni dunia fesyen Malaysia mungkin hanya bermain di liga sendiri, sekarang masanya untuk 'naik pangkat' dan tampil di pentas antarabangsa.
MyFashion Chamber (MFC) nyata hadir tepat pada masanya. Inisiatif tersebut bukan sekadar platform baharu, tapi muncul sebagai satu gerakan fesyen yang ada visi, misi dan impak.
Ini kerana, kewujudannya dilihat sebagai satu gerakan global dengan mengetengahkan dunia fesyen tahan air yang merentasi budaya, ekonomi dan identiti.
Pengasas dan Pengerusi My Fashion Chamber, Dr Leena Al-Mujahed berkata, penubuhan MFC menjadi titik tolak dalam anjakan paradigma baharu dalam dunia fesyen dengan mengumpulkan semua pereka fesyen di bawah satu bumbung.

“Hari ini bukan sekadar pelancaran satu platform baharu, sebaliknya permulaan kepada satu perubahan besar dalam industri kreatif dan seni ini khususnya dalam bidang fesyen.
“Saya percaya dengan adanya MFC dapat mencipta pentas global yang menyatukan kepelbagaian fesyen bermutu tinggi sekali gus menjadikan Asia sebagai peneraju kepimpinan industri kreatif dan inklusif,” katanya lagi.
Menurut beliau lagi, penubuhan MFC bertujuan menyatukan suara dan idea kreatif dari seluruh negara serta merapatkan budaya, menghubungkan bakat dan membuka ruang kerjasama antarabangsa.

“Medium ini sebagai platform untuk memperkasa pereka, mengangkat kepimpinan wanita dan menjadikan nilai kreativiti kepada peluang ekonomi dan diplomasi budaya antarabangsa.
“Ini kerana, sifat fasyen adalah sejagat. Meskipun mempunyai identiti tersendiri, namun ia tidak mengenal sempadan, malah fasyen juga adalah bahasa sejagat untuk kita berkarya menerusi kreativiti, ketahanan dan transfirmasi,” jelasnya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang