Dompet di poket belakang, pakai kasut tumit tinggi antara punca sakit belakang! Boleh ikut cara ini elak derita melarat

No Image Caption
A
A
A

KERAP mengadu sakit belakang, tetapi tidak sedar rupanya itu berpunca dari diri sendiri!

Ramai tidak sedar bahawa tindakan harian kita boleh memberi tekanan besar pada tulang belakang. Walaupun nampak remeh, tabiat itu boleh membawa kepada masalah kesihatan serius dalam jangka masa panjang.

Public Health Malaysia dalam satu perkongsian memberi sebab perkara ini terjadi. Antara penyebab seseorang itu boleh mengalami sakit belakang adalah:

1.Duduk terlalu lama tanpa bergerak.

2.Membongkok semasa mengambil mengangkat barang berat.

3.Pakai kasut tumit tinggi terlalu lama

4.Tidur meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi

5.Bawa beg berat di sebelah bahu

6.Letak dompet di poket belakang

No Image Caption

Haaa, mesti ada salah satu daripada yang disenaraikan ini sering kali kita buat kan? Selepas itu sendiri pelik kenapa sakit belakang teramat sangat!

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi dan melarat hingga menimbulkan sakit di bahagian lain pula, ada beberapa perkara yang anda boleh dilakukan. Antaranya:

Lakukan regangan setiap 30 minit.

Gunakan postur yang betul semasa mengangkat barang.

Tidur dalam posisi yang menyokong tulang belakang, seperti mengiring.

Pastikan kasut yang dipakai selesa dan menyokong postur badan.

Elakkan membawa barang berat pada satu bahagian badan sahaja.

No Image Caption

Ingat! Sayangilah tulang belakang anda kerana ia adalah “paksi” utama badan kita! Mulakan langkah kecil untuk kesihatan yang lebih baik hari ini.

Paling penting, tahu punca dan ubah apa yang sering amalkan itu demi kesejahteraan tulang kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang