Kulit kering dan sensitif? Ini rahsia lembap sepanjang hari tanpa rasa melekit
CUACA panas terik, udara kering dalam bilik berhawa dingin dan rutin harian yang sibuk, semua ini boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan.
Tidak hairanlah ramai yang mengeluh kulit terasa tegang, kering dan tidak selesa walaupun baru sahaja memakai pelembap. Hakikatnya, menjaga kelembapan kulit bukan soal kecantikan semata-mata, tetapi juga tentang keselesaan dan keyakinan diri.
Kulit yang sihat dan lembap membantu kita tampil segar sepanjang hari. Namun, mencari krim pelembap yang sesuai kadangkala boleh menjadi cabaran. Ada yang terlalu berminyak, ada yang melekit, dan ada pula yang hanya melembapkan seketika sebelum kulit kembali kering.
Kini, semakin banyak krim pelembap hadir dengan formulasi berasaskan sains yang difokuskan untuk memberi kelembapan mendalam tanpa rasa berat di kulit.
Vaseline tampil dengan inovasi terbaharunya, Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream, satu solusi berasaskan sains yang membantu menjaga kulit kering dan sensitif dengan cara yang lebih mendalam.
Berkongsi legasi lebih 150 tahun dalam penyembuhan kulit, Vaseline bukan asing dalam dunia penjagaan kulit. Dari jeli petroleum ikonik hingga penyelidikan saintifik terkini, jenama itu sentiasa menekankan prinsip bahawa kulit sihat adalah asas kesejahteraan diri.
Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream lahir daripada kerjasama lebih 300 pakar penjagaan kulit dan disyorkan oleh 89% pakar dermatologis,
Krim pelembap moden bukan sekadar menyegarkan kulit di permukaan, tetapi membantu menguatkan fungsi semula jadi kulit daripada dalam.
Dengan kandungan bahan seperti ceramide, asid hialuronik dan prebiotik, ia menambah baik struktur kulit dan menggalakkan keseimbangan mikrobiom, menjadikan kulit lebih tahan terhadap kekeringan dan iritasi.
Selain keberkesanan, tekstur juga memainkan peranan penting. Ramai pengguna kini mencari krim yang tidak melekit, mudah disapu dan cepat menyerap agar sesuai digunakan sebelum memakai pakaian atau produk lain. Formulasi sebegini memberi keselesaan tanpa gangguan, menjadikannya pilihan ideal untuk iklim tropika seperti Malaysia.

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif, pemakaian krim pelembap secara konsisten amat penting. Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada kehilangan air, tetapi juga mempercepatkan proses pemulihan semula jadi kulit. Dengan penggunaan harian, kulit bukan sahaja nampak lebih lembut dan cerah, malah terasa lebih anjal dan selesa.
Penjagaan kulit sebenarnya tidak perlu rumit. Mulakan dengan rutin asas, membersih, melembap dan melindungi. Pilih krim pelembap yang sesuai dengan keperluan kulit dan gunakan secara konsisten, terutama selepas mandi atau sebelum tidur. Langkah kecil inilah yang memberi perubahan besar terhadap kesihatan kulit dalam jangka masa panjang.
Akhirnya, kulit lembap bukan sekadar tentang cantik di cermin, tetapi tentang rasa selesa pada diri sendiri. Bila kulit sihat dan terjaga, kita juga lebih yakin berdepan dunia luar, tanpa perlu risau lagi tentang kulit kering, kusam atau iritasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

