Legenda hoki 'The Boss' wajah baharu gel Amani, kini duta rasmi produk tempatan

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, di sebalik gel sapuan yang membantu melegakan lenguh dan sakit otot, terselit satu nama besar dalam dunia sukan tanah air.

Gel Amani, produk tempatan yang telah wujud sejak 2014, kini melangkah ke fasa baharu apabila legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi diumumkan sebagai Duta Rasmi jenama itu.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam baru-baru ini.

Menariknya, pelantikan tersebut bukan sekadar simbolik, beliau  yang terkenal dengan gelaran ‘The Boss’ dalam arena hoki, sebenarnya sudah lama menggunakan Gel Amani secara peribadi sejak sedekad lalu. Katanya, keberkesanan produk itu membantunya mengekalkan gaya hidup aktif walaupun tidak lagi berada di padang.

No Image Caption

“Sebagai atlet, kita memang biasa dengan sakit otot dan sendi. Bila diberi peluang untuk bersama Amanilife, saya rasa inilah masanya untuk berkongsi dengan orang lain tentang sesuatu yang saya percaya,” kongsinya.

Untuk yang tidak begitu familiar dengan nama ini, Mirnawan bukan calang-calang figura. Bekas kapten Pasukan Hoki Kebangsaan ini pernah memimpin Malaysia ke Sukan Olimpik di Barcelona (1992), Atlanta (1996) dan Sydney (2000). Beliau sinonim dengan semangat juang tinggi dan disiplin luar biasa.

Pelantikan ini juga dilihat selari dengan misi jenama tersebut untuk terus berkembang ke pasaran luar negara. Selepas menembusi Singapura pada tahun 2021, label berkenaan kini mendapat permintaan dari Indonesia, Brunei dan beberapa negara di Timur Tengah.

Menurut Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra, kolaborasi itu bukan hanya untuk mengangkat nama produk, tetapi turut memberi inspirasi kepada masyarakat untuk hidup lebih sihat dan aktif, tanpa halangan fizikal.

“Kami percaya apabila tokoh sukan seperti Datuk Mirnawan bersama kami, ia bukan sahaja memperkukuh jenama, tetapi juga menyampaikan mesej yang lebih luas yang mana kesihatan itu asas kepada kehidupan, ibadah dan kebahagiaan,” ujarnya.

No Image Caption

Apa yang meyakinkan, Gel Amani bukan produk sembarangan. Ia telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam pada itu, Amanilife juga kekal komited untuk menjadi peneraju dalam pasaran produk gel sapuan halal tempatan yang berkualiti, diyakini dan terbukti membantu ramai menjalani kehidupan yang lebih aktif, bebas daripada beban sakit otot dan sendi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang