Nasi tak lagi cepat basi: Solusi baharu buat dapur moden

No Image Caption
A
A
A

SEJAK dahulu lagi, nasi menjadi nadi kehidupan rakyat Malaysia. Setiap kali duduk makan bersama keluarga, nasi pasti ada di tengah meja. 

Namun, satu masalah klasik yang masih menghantui banyak dapur ialah nasi yang cepat basi. 

No Image Caption

Menjawab keperluan itu, peneraju global peralatan rumah, Tefal, baru-baru ini memperkenalkan periuk nasi terbaharu mereka iaitu Delirice Max Rice Cooker (RK7778). 

Sesuai untuk keluarga yang sibuk tetapi masih mementingkan rasa, Delirice Max memastikan nasi kekal gebu, enak, dan segar.

Country Manager, Mr Jack Wong  yang mewakili Tefal berkata,  teknologi terkini yang diperkenalkan melalui periuk nasi ini bukan sahaja memudahkan urusan di dapur, malah memberikan ketenangan kepada pengguna. 

Katanya, setiap kali nasi dihidangkan, ia akan berada pada tahap terbaik untuk dinikmati bersama keluarga. Ia satu bentuk solusi yang selari dengan gaya hidup masyarakat masa kini yang pantas, ringkas tetapi tetap mementingkan kualiti.

No Image Caption

Pelancaran tersebut turut menampilkan pakar kulinari terkenal, Rasa Rosz, yang menekankan betapa pentingnya konsistensi dalam penyediaan makanan. 

Menurut Datuk Sri Rozita dari Rasa Rosz, makanan yang baik lahir daripada kualiti dan kesegaran. Beliau menyifatkan kerjasama dengan Tefal sebagai langkah yang mengangkat tradisi kulinari negara ke tahap lebih tinggi, tanpa mengabaikan sentuhan moden.

No Image Caption

“Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum.

"Kami bangga bekerjasama dalam pelancaran yang menghormati tradisi kulinari negara," ujarnya.

 Bukan sahaja menjimatkan, malah menyemai kesedaran bahawa setiap hidangan ada nilainya. Tefal Delirice Max kini boleh didapati di gedung runcit utama seluruh negara.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang