Teknologi dengan sentuhan fesyen – Energea perkenal koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s

No Image Caption
A
A
A

ZAMAN sekarang, hidup tanpa kuasa bateri macam nasi tanpa lauk. Segalanya berasaskan gajet. Dari kerja, hiburan sampai nak order kopi pun perlukan bateri penuh! Faham akan gaya hidup yang serba moden dan pantas ini, Energea bersama rakan tempatan Global Synergy Concepts Sdn Bhd (GSC) tampil memperkenalkan dua inovasi menarik untuk kaki teknologi. Koleksi Tangerine yang bergaya, dan Hybrid-Solid State Powerbank yang penuh kuasa.

No Image Caption

Bertemakan ‘Power Your World’, Energea bukan sekadar jenama pengecas atau kabel. Ia tentang gaya hidup yang bertenaga, moden dan penuh personaliti. Setiap produk direka bukan hanya untuk berfungsi, tapi juga untuk tampak bergaya bila diselit dalam beg tangan, dibawa ke pejabat atau dibawa melancong ke mana saja.

Kalau anda jenis yang tak suka aksesori teknologi nampak biasa-biasa, koleksi Tangerine memang kena dengan jiwa anda. Warna jingga terang ini bukan sekadar rona baharu. Ia simbol tenaga, keyakinan dan personaliti yang bold.

No Image Caption

Energea menyegarkan semula beberapa produk kegemaran ramai dalam versi Tangerine yang lebih ekspresif, termasuk:

AluPac Mini 5K & AluPac 10K – Powerbank tanpa wayar bermagnet yang ultra-kompak, diperbuat daripada aluminium tahan lasak. Mudah melekap pada telefon, tak perlu lagi bergelut dengan kabel kusut.

AluMag Trio – Pengecas tanpa wayar 3-dalam-1 dengan teknologi Qi2, boleh lipat dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk mereka yang selalu ‘on the go’.

TravelGo Adapter 35 – Adaptor universal bersaiz poket, ringan dan ada palam boleh tukar. Sesuai sangat untuk yang suka travel tapi tak mahu risau soal plug.

No Image Caption

Menariknya, Energea juga menambah dua lagi produk baru dalam siri ini:

Flow Duo Watch – Kabel USB-C pengecas pantas dengan pengecas Apple Watch terbina dalam. Datang dengan rekaan anyaman nilon lembut dan warna-warna stylish.

MagAudio Go Plus – Pembesar suara magnetik tanpa wayar yang bukan saja beri audio mantap, tapi boleh mengecas telefon secara wayarles. Bayangkan — speaker comel, bateri tahan 15 jam dan serba boleh!

Bagi yang mementingkan keselamatan dan ketahanan, ini berita baik. Energea memperkenalkan MagPac Pro 35s, antara powerbank Hybrid-Solid State pertama di Malaysia!

Powerbank ini dihasilkan dengan teknologi sama seperti bateri kenderaan elektrik premium — menggantikan elektrolit cecair dengan bahan keadaan pepejal. Hasilnya, ia lebih selamat, lebih stabil dan lebih tahan lama.

Tak perlu risau kalau terjatuh atau terhentak — MagPac Pro 35s masih berfungsi dengan baik. Kapasitinya 10,000mAh dengan pengecasan pantas Qi2, kabel terbina dalam dan pengecasan berwayar 35W. Pendek kata, kecil tapi luar biasa berkuasa.

No Image Caption

Menurut Kamen Ng, Pengarah Urusan Energea, teknologi kini sudah sebati dengan kehidupan seharian, jadi ia haruslah bergaya, berfungsi dengan lancar dan selamat digunakan. Katanya lagi, rekaan Energea bukan sekadar tentang rupa, tapi juga tentang kebolehpercayaan dan keselesaan pengguna.

Sementara itu, Calvin Ng, Pengarah Urusan GSC menambah, mereka mahu memastikan rakyat Malaysia menikmati produk yang asli, tahan lama dan benar-benar melengkapi kehidupan moden.

Daripada warna berani Tangerine yang menyerlahkan personaliti, hinggalah inovasi MagPac Pro 35s yang redefinisi keselamatan bateri mudah alih, Energea membuktikan bahawa teknologi boleh bergaya tanpa kompromi fungsi.

No Image Caption

Koleksi ini akan mula berada di pasaran November ini, secara dalam dan luar talian, termasuk di Lazada, Shopee, TikTok Shop, serta kedai runcit terkemuka lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang