Zouitina Prestige, minyak zaitun berkualiti EVOO selamat untuk dimakan!

No Image Caption
A
A
A

OLIVE Jardin Shd Bhd memperkenalkan produk mereka berasal dari Morocco, Zouitina Prestige extra virgin oil.

Ketua Pegawai Eksekutif Olive Jardin Sdn Bhd, Muhd Shakir As- Salam Ya ingin menarik perhatian masyarakat pengguna akan kewujudan EVOO palsu di pasaran negara.

Majlis Zaitun Antarabangsa atau International Olive Council (IOC) selaku badan antarabangsa yang menyelaras aspek kualiti minyak zaitun di antara negara pengeluar telah mengelaskan kualiti yang berbeza di antara minyak zaitun kepada extra virgin olive oil (EVOO), virgin olive oil (VOO) dan lampante olive oil (LOO).

No Image Caption



IOC menafsirkan minyak zaitun di dalam kelas EVOO sebagai yang paling berkualiti diikuti oleh VOO, manakala LOO dianggap sebagai minyak zaitun tidak selamat untuk dimakan.

Memandangkan aspek kualiti dan pengelasan gred-gred minyak zaitun di atas diwujudkan oleh IOC, maka seharusnya setiap syarikat atau individu yang mengedarkan minyak zaitun di pasaran perlu dengan penuh tanggungjawab melabel minyak zaitun berdasarkan panduan IOC.

“Kami mengajak semua pengedar minyak zaitun yang lain di negara ini bersama-sama memastikan produk minyak zaitun yang diedarkan mematuhi piawaian IOC bagi memastikan pengguna mendapat manfaat kesihatan yang sebaiknya,” katanya pada sidang akhbar.

No Image Caption



Melepasi piawaian kualiti berdasarkan Ujian Organoleptik dan Ujian Analisis Kimia berpandukan garis panduan oleh badan antarabangsa, Zouitina Prestige ini merupakan minyak zaitun perahan dara yang pertama di negara ini.

Ia dihasilkan daripada buah zaitun tuaian pertama dengan memiliki bau, aroma dan rasa yang sangat unik berbanding minyak zaitun di pasaran. Usaha ini hasil penelitian dan terperinci secara mendalam oleh Dr Suhana Samat dan Dr Muhammad Ashraf Mohd Salleh.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang