PERNAH tak korang terasa letih apabila bangun pagi? Sepasang kaki bagaikan diikat ketat dan kelopak mata pula melekat seperti digam.

Walhal, jika dihitung kita telah menikmati tidur yang nyenyak selama lapan jam. Mengapa?

Ironinya, situasi itu berlaku disebabkan kesilapan diri sendiri yang terlalu ‘manjakan’ mata dan tubuh badan.

Akhirnya, permulaan hari yang seharusnya bermula dengan mood positif bertukar sebaliknya. Semangat ceria untuk ke pejabat atau kuliah menjadi lesu dan tidak bermaya.

Justeru, memahami keadaan tersebut seorang usahawan wanita berkongsi tiga rutin mudah untuk kekal cergas dan positif selepas bangun tidur menerusi laman sosial Facebook peribadinya, @Rosie Zam.

3 tip tersebut ialah:

1. Nyahaktif butang ‘snooze’
Majoriti daripada kita gemar menekan butang snooze di telefon pintar berulang kali. Peringkat awal, jam dikunci pada pukul 6 pagi, tetapi akhirnya 30 minit kemudian barulah terjaga.

bangun pagi

 

“Apabila kita tidur semula selepas bangun, badan akan jadi lebih penat dan mengantuk.

Iklan

“Oleh itu, jika tidak menekan butang snooze, kita akan terus bangun kerana mengetahui alarm takkan berbunyi lagi. Lagipun macam tak berbaloi sambung tidur untuk tempoh sembilan minit itu,” tulis beliau.

2. Air lemon

lemon
Amalkan minum air lemon pada waktu pagi kerana banyak khasiatnya untuk tubuh. Selain membekalkan vitamin C ia juga bagus bagi sistem penghadaman.

Iklan

3. Menulis jurnal
Menulis jurnal merupakan salah satu cara terbaik untuk meluahkan perasaan.

bangun pagi
ROSIE ZAM menyifatkan menulis jurnal secara tidak langsung membantu individu meluahkan rasa yang terpendam.

Pada masa sama, kaedah itu juga selamat kerana pen dan kertas tidak akan sesekali menghakimi apa yang diluahkan. Paling utama ‘mereka’ juga menyimpan rahsia.

Selamat mencuba!