Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. '18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik'

A
A
A

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada 25 Julai 2006 akibat serangan jantung ketika berusia 41 tahun meruntun hati para peminatnya.

Kini 18 tahun berlalu, bekas isteri, aktres dan penerbit filem, Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah berkongsi momen untuk menziarahi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan Hulu Kelang, Selangor.

Biarpun hanya berkongsi hidup selama lima tahun sebelum bercerai, kehadiran anak perempuan, Hani Karmila, 30, mengeratkan hubungan sehingga ke akhir hayat.

Tiara menerusi Instagram memuat naik video yang menyentuh hati para peminat dan rakan selebriti.

 

Berpeluang menabur bunga dan menyiram air ke atas perkuburan, penerbit Puteri Gunung Ledang itu sempat menitipkan doa buat bekas suaminya.

Malah Tiara turut menyampaikan pencapaian anak kesayangan Mohsin yang dicalonkan dalam satu anugerah seni.

Baca juga: Raut wajah mirip Hani Mohsin, Hani Karmila permata hati Tiara Jacqueline kian meningkat dewasa

Baca juga: 'Mata tengok Karmila je, copy arwah ayahnya.' Wajah persis Hani Mohsin, penampilan anak Tiara Jacquelina jadi tumpuan

"Dearest Mohsin, saya sangat gembira kerana dapat melawat minggu lepas, selepas majlis hari raya Mal. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Betapa cepatnya 18 tahun berlalu.

"Malam ini adalah malam yang besar buat Mila. Beliau telah dicalonkan untuk anugerah pertamanya di Anugerah Seni Boh Cameronian.

"Kamu tentu berbangga jika dapat menonton lakonannya, Melur The Musical. Beliau benar-benar melakukannya dengan baik. Ke mana tumpahnya kuah, kan. #proudmom.

"Kami terus mendoakan setiap masa, al-Fatihah (dibacakan)," titip Tiara.

Baca juga: Anak gadis Tiara Jacquelina buat ramai terpegun, seiras arwah bapa

Baca juga: Puteri Gunung Ledang ditayang semula di Netflix, bakal ubat kekecewaan peminat

Untuk rekod, Allahyarham Hani Mohsin meninggal dunia di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pengsan akibat serangan sakit jantung.

Ketika itu, beliau menunggu penerbangan ke Pulau Langkawi bersama anaknya, Mila.

Hantaran Tiara membuatkan warga maya mengenang kembali pelakon Jimi Asmara dan Embun itu.

"Al-Fatihah. Hilangnya sebutir permata seni yang sangat berbakat, peramah dan disukai ramai. Pemergian Hani Mohsin sehingga kini tiada pengganti," titip Roneza 0702.

"Terima kasih Kak Tiara. We still remember him. ALLAH sayang orang baik," kata Dally Kassim

"Alhamdulillah. Bertuah arwah ada orang yang mengingati. Semoga rohnya damai di sana dan tergolong bersama orang-orang yang dikasihi. Al-Fatihah," tulis Amy Mid.

"He was my lecturer at Akademi TV3, al-Fatihah," ujar Photoshux.

Anak arwah, Mila aktif dalam pelbagai cabang seni termasuk seni lakonan teater dan peragaan. Tidak hanya itu, si cantik manis ini juga atlet seni mempertahankan diri jujitsu.

Tiara dan Mohsin mendirikan rumah tangga pada 11 September 1993 dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian.

Bagaimanapun, Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.

Tiara kemudian berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Dani Mohd Effendi.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca