Goodday ajak rakyat Malaysia lindungi orang utan

A
A
A

GOODDAY Milk, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak tahun 1968, memberi sokongan kepada WWF Malaysia dengan menyebarkan kesedaran sekali gus mendorong masyarakat melindungi orang utan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif di Etika Sdn Bhd, Santharuban T. Sundaram berkata, dalam menyokong usaha pemuliharaan WWF Malaysia, pihaknya berharap dapat melibatkan rakyat Malaysia secara aktif untuk melindungi orang utan Borneo yang merupakan salah satu spesies terancam di negara ini.

“Untuk melibatkan mereka dengan tujuan murni ini, pembungkusan susu UHT Banana terbaharu Goodday Milk disatukan dengan kod QR yang boleh diimbas oleh pengguna untuk mengetahui lebih lanjut mengenai orang utan di Malaysia.

“Pautan ini juga akan membawa pengguna menghadam maklumat tentang bagaimana boleh menyokong misi ini,“ katanya baru-baru ini.

Selain itu, ujar Santharuban, Goodday Milk juga mendorong pengguna untuk berkongsi gambar peket Goodday UHT Banana Milk mereka melalui saluran media sosial mereka dengan membubuh #GooddaySupportsOrangutans.

Beliau menambah, pihaknya juga memperkenalkan orang utan yang diberi nama Miss Nana yang akan dipertontonkan menerusi satu video klip khas.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi dan kempen yang sedang berlangsung, sila kunjungi laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca