KULIT terbentuk daripada tiga lapisan utama. Fungsi organ itu sebagai penghalang untuk mempertahankan kemasukan bahan berbahaya dan mikroorganisma.

Dalam pada itu, kulit juga berperanan bagi melindungi organ dalaman daripada kecederaan dan mengawal suhu badan melalui perpeluhan.

Berikut adalah langkah-langkah mudah penjagaan kulit:

1. Membersihkan kulit.

– Mandi satu ke dua kali sehari atau lebih kerap sekiranya sering berpeluh dengan banyak.

– Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.

– Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering.

– Guna sabun atau pencuci yang lembut jika mempunyai kulit kering

– Bagi kulit sensitif, elakkan sabun atau pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.

2. Gunakan pelembap selepas mandi.

– Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit.

– Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering

– Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.

PENJAGAAN kulit
               PENJAGAAN kulit sudah menjadi salah satu aspek penting bagi setiap individu.

 

3. Gunakan penyegar bagi menutup liang roma jika mempunyai kulit yang berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering dan mengecutkannya.

4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.

Iklan

5. Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin.

6. Lindungi kulit daripada cahaya matahari.

– Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari apabila perlu.

– Pelindung matahari perlu disapu semula selepas dua hingga tiga jam selepas berenang.

7. Bersenam.

Iklan

– Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

8. Amalkan memakan makanan yang seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.

9. Tidak merokok kerana bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan boleh menyebabkan kanser.

10. Banyakkan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.

Sumber: myhealth.gov.my