Pernah diperlekeh kerana mengajar murid pekak subjek muzik, cikgu wanita ini tetap kental. Ramai yang terharu!

TUGAS menjadi seorang cikgu bukannya mudah, lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar guru kepada murid pendidikan khas.

kanak-kanak istimewa memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perilaku pelajar tidak dapat dijangka

Mereka juga mungkin boleh bertindak di luar jangkaan.

Namun, kita perlu tanamkan dalam benak bahawa golongan itu mempunyai limitasi dari pelbagai aspek.

Bercakap mengenai hak pelajar yang kelainan upaya, SinarPlus tertarik untuk berkongsi satu kisah seorang guru yang videonya tular di laman sosial, TikTok baru-baru ini.

Kredit foto: Pixabay

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @Mir.dia, kesungguhan seorang cikgu wanita mengajar subjek muzik bersama sejumlah anak muridnya yang mengalami masalah pendengaran.

Warga maya yang menontonnya memuji keikhlasan guru itu mengajar berdasarkan gerak tubuh dan mimik wajahnya yang kelihatan sangat ikhlas.

Ujar guru berkenaan, beliau pernah ditegur dan disoal mengapa mengajar muzik dengan orang pekak kerana dianggap melawan fitrah.

Namun, wanita itu cepat-cepat menepis segala persepsi negatif dan tetap mengajar sehabis baik.

Baginya, muzik itu sendiri sangat luas.

Kredit foto: Pavel Danilyuk

Menerusi muat naik itu juga, @Mir.dia turut berkongsi cuplikan (petikan) video beliau mengajar kanak-kanak untuk mendengar bunyi dan cuba melontarkan suara mengikut bunyi yang dibuat.

Perkongsian tersebut membuatkan paea pengguna media sosial berasa hiba dan berbangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh wanita berhati mulia itu.

Berikut kata-kata warga maya yang ditinggalkan pada ruangan komen:

Kredit foto: Pavel Danilyuk

“Semoga cikgu kuat. Mereka yang tidak duduk dalam situasi cikgu tidak faham dan ada yang memilih untuk tidak mahu mengerti.”

“Sangat berbangga dengan Mira dari dahulu sehinggalah sekarang. Semoga terus maju jaya.”

“Terserlah sungguh jiwa dan kesungguhan sebagai pendidik.”

Iklan

“Hahaha comel. Berkawan dengan orang ada masalah pendengaran mesti suka tepuk-tepuk apabila bergurau. Kadang-kadang mereka tepuk kuat.”

“Rasa mahu menangis kalau dapat cikgu macam ini. Terima kasih cikgu untuk sesiapa sahaja yang cikgu didik. Terima kasih.’

Dalam pada itu, SinarPlus ingin berkongsi kepada orang ramai tentang cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang kelainan upaya, antaranya seperti:

Kredit foto: Meruyert Gonullu

i) Lihat komuniti yang kelainan upaya sebagai golongan yang berharga.
ii) Menerima orang kelainan upaya (OKU) bekerja.
iii) Membangkitkan isu hak mereka yang istimewa dalam politik.
iv) Mengetengahkan isu sejarah golongan kelainan upaya dalam kurikulum sekolah.
v) Menampilkan lebih banyak artis kurang keupayaan di media.
vi) Menyediakan kolej dan biasiswa kepada atlet yang kurang upaya.

Kepada semua pembaca SinarPlus yang budiman, seharusnya golongan OKU diberikan peluang yang sama seperti individu normal kerana kekurangan bukanlah bermakna mereka tidak bernilai.

Iklan

Ingat, setiap manusia yang dicipta oleh-NYA mempunyai keistimewaan sendiri.

Baca juga: Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?

Baca juga: Macam cikgu PJ Penampilan Neelofa di gelanggang futsal jadi perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi