Resipi mudah apam balik homemade

A
A
A

NAK makan apam balik panas-panas tapi tak ada pula gerai atau pasar malam yang buka sewaktu kawalan pergerakan ni kan, jadi apa kata anda cuba buat resipi ini di rumah.

Terdapat dua jenis apam balik iaitu yang tebal dan gebu, dan satu lagi jenis yang nipis dan rangup. Resipi ini merujuk kepada apam balik yang tebal, gebu dan ia sangat mudah tak sampai 30 minit je dah siap.

Bahan-bahan apam balik:

2 cawan tepung gandum

1/4 cawan gula

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

1 biji telur

1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali

Bahan-bahan untuk di tabur:

Serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)

1 tin jagung krim

Gula pasir secukupnya

Cara-cara untuk apam balik:

Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan sedikit garam. Dalam bekas lain, pukul telur bersama gula sehingga sebati dan masukkan susu serta sedikit pewarna kuning.

Resipi mudah apam balik homemade

Teruskan kacau sehingga sebati. Satu kan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.

Langkah seterusnya perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih untuk lap permukaan kuali dengan minyak, cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.

Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.

Resipi mudah apam balik homemade

Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. lipat dan angkat apam balik.

Mudah je sebenarnya nak buat apam balik ni bila kita tahu resipi dia kan, tak perlu tunggu lagi cubalah hari ni!

sumber: resepilervemurnivh, resepichenom

penulis: fatin syazwani binti mohammed hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca