10 lokasi 'best' di sekitar Melaka wajib dilawati

10 lokasi 'best' di sekitar Melaka wajib dilawati
10 lokasi 'best' di sekitar Melaka wajib dilawati
A
A
A

Negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa kerana kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Oleh itu, Sinar Plus senaraikan antara 10 lokasi best sekitar Melaka wajib dilawati.

  1. Melaka Wonderland Theme Park

Terletak di lokasi percutian popular Malaysia iaitu Ayer Keroh, Melaka, Taman Tema Air Melaka Wonderland merupakan destinasi pelancongan yang harus dikunjungi di Melaka.

Ia dibina dalam kawasan hutan rekreasi semula jadi seluas 360 hektar.

  1. Rumah Terbalik Melaka

Rumah kedai Melaka itu nampak 'normal' dari luar. Cubalah melawat di dalamnya.

Semua perabot dipasang terbalik. Siapa yang suka berswafoto memang wajib datang ke sini. Bolehlah bergambar ala Spiderman.

  1. Melaka River Cruise

Pengunjung boleh menikmati suasana angin malam sambil menikmati cahaya neon berwarna-warni di sepanjang Sungai Melaka di atas bot.

Pada waktu siang pula, jamulah pandangan mata dengan keindahan Kota Melaka tanpa kesesakan trafik yang teruk.

  1. Coconut Shake Pantai Klebang

Pantai Klebang dipenuhi dengan gerai makan. Sambil berehat santai menikmati angin pantai, isilah perut dengan pelbagai juadah yang dijual.

Coconut Shake adalah menu utama sentiasa diburu pengunjung yang tiba di situ.

  1. Zoo Melaka

Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.

Bukan sahaja dewasa, si kecil pasti teruja menjejakkan kaki ke situ.

  1. Muzium Maritim

Kenali kapal-kapal bersejarah zaman Kesultanan Melaka dan Portugis di muzium ini. Tarikan utamanya, replika kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatera.

  1. Taman Buaya

Taman Buaya sudah beroperasi sejak 1987. Kawasan kurungan buaya itu direka untuk menyerupai habitat semula jadi haiwan ini.

Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya Amerika, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi.

  1. Kota A Famosa

Hayatilah tinggalan sejarah di A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.

Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

  1. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari menawarkan pemandangan indah sekitar bandar Melaka dengan ketinggian 80 meter. Dari atas, pengunjung akan berpeluang melihat sehingga ke selat Melaka.

  1. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat atau 153 meter.

Di sini juga terdapat kafe iaitu The Sky Deli Restaurant yang mana pengunjung berpeluang menikmati hidangan sambil dijamu pemandangan yang memukau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca