ISLAM begitu menggalakkan umatnya mencari rezeki pada waktu pagi.⁣⁣

Waktu pagi sebenarnya adalah saat yang penuh berkat untuk kita melakukan pelbagai perkara.⁣⁣

Alangkah ruginya seandainya kita gunakan masa ini untuk menyambung tidur usai solat Subuh.⁣⁣

Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan.” (Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar)⁣.