“GATALNYA telinga ni. Ish, memang tak boleh bawa bincang betul. Macam mana ni? Lama lagi nak buka. Kalau korek telinga nanti batal pulak puasa aku.”

Ramai mengandaikan puasa mereka akan batal gara-gara korek telinga atau hidung ketika berpuasa pada bulan Ramadan.

Benarkah begitu? Tetapi bagaimana pula jika telinga atau hidung kita ini terlalu gatal sampai tak senang duduk dibuatnya.

Iklan

Ya ALLAH, meranalah kalau hendak tunggu sampai waktu berbuka. Apa pandangan Islam tentang hal ini?

Iklan

Jom ikuti kupasannya bersama pendakwah, Ustazah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah dalam segmen Soal Jawab Netizen Edisi Ramadan.