BATUK adalah cara badan memberi respon kepada bahan yang menyebabkan iritasi pada tekak dan saluran pernafasan. Bahan tersebut akan merangsang reseptor pada tekak dan maklumat akan dihantar ke otak.

Otak pula akan menyuruh otot dibahagian dada dan juga perut untuk mengecut supaya orang tersebut batuk.

Refleks tersebut akan mengeluarkan udara dengan kuat supaya bahan yang menyebabkan iritasi tersebut dapat dikeluarkan. Ia berfungsi untuk melindungi saluran pernafasan daripada jangkitan kuman ataupun bahan yang akan merosakkan saluran pernafasan

Simptom ini adalah sesuatu yang normal jika ia tidak selalu berlaku.

Akan tetapi jika ia berterusan selama beberapa minggu ataupun berserta darah dalam kahak, ia mungkin petanda sesuatu penyakit yang serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut.

Iklan

Foto: 123rf

https://www.facebook.com/sinarplus.sinarharian/posts/3023042084409202

Iklan