TREND pembelian masyarakat banyak terarah kepada online. Apa tidaknya, bila sudah kena ‘berkurung’ di dalam rumah, ditambah pula bimbang dengan wabak Covid-19 ini, ramai orang yang lebih selesa membeli dalam talian.

Hanya jari saja yang mainkan peranan, tekan-tekan, bayar dan kemudian barang terus sampai di rumah dalam masa beberapa hari. Mudah, bukan?

Tapi tak semua orang ada pengalaman baik ketika beli barang online ni. Ada yang order lain, tapi barang yang sampai pula lain.

Apa hukumnya bagi mereka yang jual atas talian, bila kita kita tengok gambar sangat-sangat indah, tapi bila sampai rasa macam nak marah, rasa macam ditipu sangat-sangat.

Iklan

Kupasan lanjut bersama Pensyarah Universiti Utara Malaysia dan pendakwah, Dr Fitri Haris dalam segmen Soal Jawab Netizen Edisi Ramadan.

Iklan

(Artikel berkaitan: Jual barang ‘indah khabar daripada rupa’, hasil pendapatan boleh jatuh haram)