https://www.facebook.com/sinarplus.sinarharian/posts/3333706913342716

LULUH rasa hati tatkala mengetahui bahawa ibu kandung yang selama ini dicari seolah-olah tidak menerima kehadiran kita. Sedih dan pilu. Pasti rasa itu bersarang dalam hati.

Sudahlah baru ingin mengenali hati budi ibu kandung yang baru sahaja dikenali. Namun, pertama kali berjumpa sudah menunjukkan sikap yang tidak mengalu-alukan kehadiran kita.

Iklan

Sebagai anak, perlukah kita mendoakan ibu kandung yang telah mengabaikan kita dan tidak mengalu-alukan kedatangan kita dalam hidupnya?

Iklan

Ayuh ikuti kupasannya bersama pendakwah Ustazah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah dalam segmen Soal Jawab Netizen edisi Agama pada hari ini.