MAYA yang dilantik sebagai Duta River of Life pada tahun lalu meluahkan rasa kecewa apabila alam sekitar khususnya sungai dicemari.

Perasaan marah jelas terpancar pada wajah pelakon berusia 40 tahun tersebut.

“Sedarkah anda bahawa sungai adalah khazanah ciptaan ALLAH yang harus kita pelihara dengan baik? Unsur alam semula jadi ini berfungsi untuk semua kehidupan di bumi dari zaman ke zaman,” tegas beliau kepada Sinar Plus baru-baru ini.