#SiBibirMerah Langkah terbaik! Beku akaun, potong gaji bekas suami culas nafkah
BARU-BARU ini panas satu Malaysia apabila cadangan pemotongan gaji terhadap individu yang gagal melunaskan tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail membuat pengumuman berkenaan ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 Mac lalu.
Ujarnya, akaun bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.
Menurutnya, tindakan itu dibuat kerajaan bagi menjaga kepentingan wanita dan anak-anak dalam isu tuntutan nafkah.
Menerusi inisiatif ini juga, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami melalui potongan bank.
Tidak dinafikan ada yang bengang namun ramai yang menyambutnya dengan gembira kerana selama ini ramai lelaki atau bekas suami yang culas untuk melunaskan tanggungjawab itu.
Yang merana ialah bekas isteri serta anak-anak. Bekas suami mula berbahagia tambah lagi jika sudah bertemu pasangan baharu.
Namun, ada juga yang mempertikaikan wajar atau tidak akaun bank individu itu dibekukan?
Timbul juga persoalan, bagaimana pula jika si lelaki tidak mampu lagi untuk menjelaskannya akibat kehilangan kerja dan sebagainya.
Bagi Bibir Merah, tindakan beku akaun dan potong gaji bekas suami ini sangat wajar.
Bayangkan nasib isteri dan anak-anaknya setelah ditinggalkan tambah lagi jika tiada sumber pendapatan.
Hidup terumbang-ambing tanpa nafkah apabila bekas suami mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anak.
Bibir Merah juga mempunyai beberapa kenalan yang berdepan dengan keadaan sedemikian. Lebih parah lagi selepas tiga bulan bercerai, si bekas suami telah berkahwin lain.
Hari-hari menjalani kehidupan berstatus ibu tunggal dengan anak-anak di kala kos perbelanjaan yang kian meningkat kini amat memeritkan.
Baca juga #SiBibirMerah Banyak kali julang nama negara, selamat bersara Farah Ann
Malah ada rakan Bibir Merah terpaka keluar dari rumah sewa, jual barang kemas kerana kesulitan menyara anak-anak yang tidak diberikan nafkah.
Sedihnya rasa. Tergamaknya bekas suami, anak-anak milik bersama.
Bibir Merah berpendapat mungkin selepas ini boleh dibuat undang-undang untuk anak-anak dibawah jagaan bapanya jika pasangan berpisah.
Buat ibu-ibu tunggal, teruskan kehidupan dengan bersemangat! Wanita terpilih insan yang hebat.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang