Marion Caunter didik anak hargai kemerdekaan negara. Hadir dengan buah tangan baharu khas untuk rambut wanita

A
A
A

JELITA, sofistikated, terpelajar, ternama dan merendah diri. Itu peribadi menggambarkan siapa itu Marion Caunter.

Pernah menjadi fenomena sebagai pengacara di Channel [V], E! News Asia dan One In A Million suatu ketika dulu, nama Marion masih dalam radar industri.

Meski sudah mendirikan mahligai perkahwinan bersama taikun bisnes Malaysia, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan memiliki tiga cahaya mata, empunya diri tidak pernah duduk diam.

Jikalau melayari Instagramnya, beliau terbang ke serata dunia.  Kerusi khas telah tersedia untuknya untuk menyaksikan pertunjukan fesyen jenama besar seperti Chanel, Maison Valentino, Dior, Versace, Rodarte, Louis Vuitton dan banyak lagi.

Baca ni 'Nama itu ingatkan asal usul & dari mana bermula.' Tiada istilah tangkap muat, Hasif syukur tuah nama Upin buat diri dikenali

marion

Pelawaan itu sesungguhnya selari dengan diri Marion yang memiliki cita rasa fesyen yang berkelas tinggi. Seperti satu magis, setiap helaian yang disarungnya juga memang terletak cantik dan elegan.

Kalau diukur dengan kedudukan beliau, boleh sahaja wanita aristokrat berketurunan Portugis-Inggeris-Cina itu duduk rumah dan goyang kaki.

Namun, pemilik nama sebenar Marion Rose Caunter Abdullah bukan begitu orangnya. Selepas mengasaskan salon sendiri, Hairplay Salon, beliau kini hadir dengan material baharu iaitu MARE.

Penulis simpan seketika tentang MARE, rasanya wajarlah kami mulakan dengan cerita Hari Kemerdekaan Negara yang akan disambut pada Khamis depan.

Cari metodologi terbaik

Tidak kisah untuk menyahut apa jua soalan, kata Marion dengan penuh rasa bangga, semangat merdekanya tidak pernah pudar, malah semakin menyala-nyala.

Pun demikian, sesuatu yang sukar dielak, anak muda pada era milenial ini, dilihat kurang ambil kisah.

Bagi perspektif anak kelahiran Pulau Pinang itu, perlu ada cara atau metodologi terbaik untuk menyuntik semangat nasionalisme rakyat Malaysia.

Baca ni https://sinarplus.sinarharian.com.my/cover-sinarplus/awak-tak-akan-suka-apabila-jadi-terkenal-itu-kata-arwah-azmil-mustapha-kepada-alya-iman/

“Bagi saya, kita perlulah menghargai tokoh-tokoh dan masyarakat terdahulu yang gigih untuk mencapai kemerdekaan. Dalam hal ini, penting untuk kita semua mendidik anak-anak dan generasi muda tentang sejarah negara dan juga erti kemerdekaan.

“Pada masa sama, kita tidak boleh mengambil mudah dengan apa yang kita ada hari ini. Sebagai ibu, saya sentiasa ingatkan anak-anak betapa bertuahnya berada di negara ini dan hidup dalam suasana harmoni dan berbilang kaum.

"Justeru, kita kena sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama. Itulah keindahan menjadi rakyat Malaysia,“ ujarnya dengan lontaran suara penuh patriotik.

Marion memberitahu, jiwa kenegaraannya tetap bergelora walau dirinya berada di benua mana pun.

Sebagai contoh, ketika beliau sedang menyambung pengajian di Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

"Pada waktu itulah saya akan bercerita dengan anak-anak tentang sejarah kemerdekaan negara dan betapa bersyukurnya dengan kehidupan yang dimiliki sekarang di atas berkat pengorbanan tokoh-tokoh dan masyarakat yang terdahulu,“ ujar beliau.

Kata-kata tulus yang terbit daripada mulutnya dapat dirasai. Apa yang dilakukan oleh figura terkenal itu seharusnya dicontohi oleh ibu bapa lain.

Baca ni ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

marion

MARE

Ah! Berbual dengan Marion memang mengasyikkan. Topik seterusnya lebih menaikkan adrenalinnya untuk bercerita. Ya, benar tentang MARE.

Semua orang tahu, wanita yang cukup handal bergaya dan petah berkata-kata itu memiliki rambut yang cukup menawan.

Atas faktor itulah, beliau menjadikan kelebihan tersebut sebagai percaturan dalam membina empayar bisnesnya, MARE.

MARE adalah bersempena dengan panggilan ahli keluarganya kepada personaliti yang sentiasa tampil yakin dan anggun itu.

Bagi penulis, pemilihan rangkaian penjagaan rambut tersebut sesuai dengan jati diri dan keperibadian tuan punya badan. Namun, selepas diselami, rupa-rupanya ada kisah di sebalik MARE.

“Saya pernah mengalami masalah keguguran rambut yang tidak normal dan di luar kebiasaan sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Daripada situ, saya mencari formula yang boleh membantu menggalakkan pertumbuhan,  mengekalkan rambut yang sihat dan memikat.

“Saya akui memang obses dengan rambut dan mahu sentiasa nampak rapi, kemas serta cantik. Demikian juga jika mahu potong rambut, saya sangat teliti. Disebabkan itu saya memilih untuk membuka salun rambut, HairPlay yang beroperasi sejak tahun 2013,“ katanya.

Berdasarkan rekod, MARE yang sudah berada di pasaran sejak Julai tahun lalu merupakan produk tempatan pertama (dalam penjagaan rambut) yang menjalin kerjasama dengan ISETAN, KLCC.

Baca lagi ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

marion

Karakter anak

Rasanya seperti orang lain, naluri penulis juga tertanya-tanya kenapa Marion perlu bersusah payah bekerja? Beliau meleraikan dengan jawapan cukup ampuh.

“Saya sudah biasa bekerja sebelum kahwin lagi. Justeru, saya akan rasa kekok jika duduk tanpa berbuat apa-apa, apatah lagi menumpang tuah suami.

“Saya juga jenis yang bersemangat, dramatik dan tak mudah putus asa. Suami cakap ini (produk) adalah ujian buat saya. Beliau bukan berkata-kata sebagai suami ketika itu, sebaliknya sebagai ahli perniagaan,“ ujarnya.

Tatkala berdiskusi tentang bisnes, kata Marion, beliau dan SM Nasarudin bukan suami isteri, tetapi bercakap atas kapasiti ahli perniagaan.

Pada masa sama, graduan Ijazah Penyiaran dan Komunikasi itu turut mengakui enggan terikat dengan kerja berlebihan.

Sebagai ibu kepada Leia Rose, 12; Lana Rose, 10; dan Liam Naza, 8, masanya perlu fleksibel memandangkan keutamaannya lebih terarah kepada keluarga.

“Apabila saya bekerja sendiri, ia lebih memudahkan saya untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Masing-masing sedar membesar, jadi sangat penting untuk saya sentiasa bersama mereka,“ tuturnya.

Mahu tambah ‘ahli baharu‘ dalam famili? Kata ibu rupawan itu, walaupun masih boleh berbuat demikian, beliau lebih mementingkan kualiti masa bersama tiga cahaya matanya yang bijak belaka.

“Lagipun apabila ditanya pendapat anak-anak, mereka cakap mama sudah tua untuk berbuat demikian (mengandung),“ seloroh Marion sambil mengakui anak-anaknya cukup mengidolakan beliau dalam segala hal.

Bercerita sedikit tentang karakter Leia, Lana dan Liam, mogul fesyen itu tersenyum indah.

Baca lagi Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

marion

Beritahunya, Leia merupakan anak sulungnya yang suka berkongsi banyak perkara. Berbeza dengan Lana yang sedikit cemburu.

“Boleh dikatakan anak perempuan kuat ‘drama‘ dan suka tagih perhatian, manakala si kecil, Liam pula asyik mahu dimanjakan. Jadi, saya rasa, tiga orang ini sudah cukup buat kami suami isteri,“ ujarnya melepaskan tawa kecil.

Portfolio Marion bukan sekadar pengacara, malah beliau pernah menjadi deejay radio dan turut memegang jawatan signifikan di stesen TV. Justeru, tanya penulis, tidakkah dirinya merindui untuk berada di hadapan kamera seperti dahulu?

Ini jawapan tuan punya badan: “Setakat ini rasa rindu itu tiada, lagipun kini pelbagai cara boleh saya praktikkan kini, terutama di media sosial.

“Bagaimanapun, never say never. Jika terdapat peluang yang sesuai pada masa akan datang, mungkin saya akan kembali. Sama-sama kita lihat nanti.“

Usia Marion akan mencecah 43 tahun pada 5 November ini. Pun demikian, empunya diri bagaikan tidak dimamah usia. Bahkan, bertambah jelita, masih kekal langsing mengalahkan anak dara dan mempunyai seraut wajah mulus tanpa secalit noda.

marion

Mungkin ada yang beralasan, beliau ada segalanya. Petik jari sahaja segala macam rawatan boleh dilakukan. Namun, pandangan tersebut disangkal tuan punya badan.

Tegas Marion, sejak dahulu lagi beliau cukup mementingkan penampilan diri.

“Saya cukup teliti dalam bab pemakanan, namun saya tidak boleh tidur kalau lapar. Selain itu, saya juga menjaga waktu tidur. Seawal jam 10 malam saya sudah masuk bilik dan akan pastikan tidak diganggu oleh sesiapa selepas itu.

“Kalau dulu, saya akan ikut suami bersenam atau berlari. Cuma sekarang kurang. Bila usia bertambah, nak berlari pun tak larat, jadi saya akan jaga pemakanan. Selain itu, saya kurangkan pengambilan nasi, roti dan juga makanan manis,“ ujarnya.

Menutup bicara soal kecantikan, tidak sah kalau tidak ajukan topik tentang fesyen.

marion

Baca lagi ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

“Saya sangat suka sut dan busana yang menampakkan sisi kewanitaan. Pun begitu, semuanya bergantung kepada mood saya.

“Biasanya, saya akan mempersiapkan diri mengikut kesesuaian majlis. Kalau pakaian harian, saya selesa berseluar jean dan baju yang ringkas,“ ungkapnya yang akan meluangkan masa sekali atau dua kali menghadiri pertunjukan fesyen di luar negara.

Sempat juga penulis tanyakan jika ada antara anak-anaknya yang bakal mewarisi minat yang sama dalam berfesyen.

“Berkenaan dengan anak-anak, saya kurang pasti sama ada mereka mahu mengikut jejak langkah saya dalam bidang ini. Lagipun, saya tidak pernah memaksa mereka untuk melakukan apa-apa yang mereka tidak mahu,“ ujar Marion yang sentiasa menyokong dan memberikan galakkan kepada anak-anaknya untuk mengejar impian mereka sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca