'SEGALA fakta yang dikemukakan di media sosial mesti sahih dan tepat.' -Pakar pemakanan, Muhammad Asyraf

A
A
A

"SEGALA fakta yang dikemukakan di media sosial mesti sahih dan tepat." Demikian kata Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Mohammad Asyraf Ismail.

Sebelum berada di posisi itu, terdapat cerita di sebaliknya. Cerita lelaki itu, ketika masih di bangku sekolah rendah, beliau sentiasa berfikir dan tertanya-tanya mengapa setiap rakan-rakannya memiliki fizikal yang berbeza?

Mengambil tempoh masa yang agak lama untuk mendapatkan penjelasan secara saintifik, akhirnya penganjuran satu majlis berjaya memberikan beliau jawapan.

Empunya diri sendiri tidak menyangka, sebaik seorang penceramah memperincikan tentang kandungan nutrisi seseorang memberi pengaruh kepada tumbesaran, telah membuka hati lelaki itu untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Sains Pemakanan.

“Setelah tamat belajar, saya bekerja di sebuah farmasi sekitar setahun setengah, kemudian mendapat tawaran menjadi pakar pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2013 sehingga ke hari ini. Lebih tepat sebagai Pegawai Sains Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sejujurnya saya sangat sukakan kerja ini dan sentiasa akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," ujarnya yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Pemakanan Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

BACA JUGA 'Saya berdepan dengan pelbagai rintangan sebelum membina jenama Tokyo Organic HQ' - Zunita Ramli

BACA JUGA Nampak elegan di depan TV, tapi jeans dan Converse tetap jadi pilihan Azaria Tagaya!

CEREWET

Apabila sudah memiliki ilmu dalam bidang itu, tentu sahaja Muhammad Asyraf akan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Tanpa berselindung, beliau pantas memberitahu tentang sikapnya yang memang cerewet dalam soal penyediaan makanan.

Bukan kerana terlalu obses sehingga mampu mendorong ke arah orthorexia (gangguan makan disebabkan kebimbangan terhadap khasiat dan kandungan nutrisi makanan), beliau perlu lebih peka kepada kesan jangka panjang terhadap kesihatannya.

“Sebagai individu yang berada dalam bidang ini, saya semestinya terdedah kepada informasi baharu tentang makanan, jurnal, kajian tentang baik atau buruk sesuatu makanan.

"Bukan sekadar belajar teori, bahkan saya turut melihat kesannya di depan mata ketika merawat pesakit, terutama impak gaya pemakanan lebih-lebih lagi dalam kalangan belia.

"Pada pandangan saya, mereka perlu mengubah tabiat makan dan praktikkan gaya hidup sihat daripada datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan," terang beliau yang turut meluahkan kebimbangan terhadap kos rawatan di institusi perubatan yang semakin meningkat.

Nasihat demi nasihat tidak hanya ditujukan kepada para pesakit, malah peringatan yang sama dituju kepada pasangan hidupnya.

Ungkap Muhammad Asyraf lagi, pendekatan beliau bukan mahu menyeksa isteri waima diri sendiri, tetapi apa yang dilakukan adalah demi kebaikan bersama.

“Alhamdulillah, isteri saya boleh menerima corak pemakanan diri saya, walaupun pada awal perkahwinan kami kira-kira satu setengah tahun lalu, dia agak kekok dengan cara (pemakanan) saya.

“Secara perlahan-lahan, saya mendidik isteri agar kurangkan manisan dan elakkan perasa tambahan dalam makanan dan minuman. Di rumah, kami tidak memiliki bahan perisa. Ya, seperti yang saya katakan tadi, mula-mula memang susah, tetapi akhirnya kita akan terbiasa," kata beliau.

Apabila berbual bersama dengan pakar pemakanan, plot ceritanya masih menyentuh tentang bab itu.

Menceritakan tentang dietnya sehari-hari, lelaki tersebut berkata, beliau menjadikan Konsep Suku, Suku, Separuh seperti yang disyorkan oleh KKM sebagai satu prinsip yang wajib dipatuhi.

“Paling penting, kita mengetahui jumlah pengambilan makanan yang perlu diambil. Aturan (Konsep Suku, Suku, Separuh) akan memberitahu kita kuantiti pengambilan dengan betul mengikut keperluan badan.

“Pada masa sama, saya turut memperbanyakan minum air putih atau biasanya akan membawanya (air) sendiri dari rumah. Penggunaan pek minuman tiga dalam satu memang saya hindarkan kerana kandungan gula yang tinggi dan kemanisannya yang terselindung di sebalik beberapa campuran bahan lain," terangnya bersungguh-sungguh.

BACA JUGA Susun corak pemakanan dengan tepat. Ini beberapa jenis pemilihan makanan bantu lelaki dengan andropaus

BACA JUGA Kualiti makanan di pantau ketat: BKMM dan P-hailing bekerjasama mantapkan sistem kawalan

JAGA PENAMPILAN

Bukan sahaja seorang yang amat menitik beratkan soal makan dan minum, personaliti itu dilihat seorang individu yang kemas dan rapi.

Hal itu dibuktikan ketika beliau tampil ke Studio A, Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Hadir dengan mengenakan celana dan jumper, Muhammad Asyraf kelihatan macho, segak dan kacak.

Sambil tertawa kecil, tuan punya badan sekali lagi mengaku dirinya memang amat teliti dalam bab kebersihan dan kerapian.

“Ya, ciri-ciri itu penting dan sangat diutamakan memandangkan saya sering bertemu dengan banyak pesakit di hospital.

“Itu belum kira memenuhi jemputan ke mana-mana program untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tidak mengira sama ada di institusi pendidikan atau organisasi kerajaan dan swasta," katanya.

Pada masa sama, saya turut memperbanyakan minum air putih atau biasanya akan membawanya (air) sendiri dari rumah. Penggunaan pek minuman tiga dalam satu memang saya hindarkan kerana kandungan gula yang tinggi dan kemanisannya yang terselindung di sebalik beberapa campuran bahan lain," terangnya bersungguh-sungguh.

Muhammad Asyraf yang sering diusik memiliki paras rupa persis penyanyi popular tanah air, Sufian Suhaimi berkata, beliau akan ke salun untuk mendandan rambut dan melakukan kemasan wajah setiap satu atau dua bulan sekali.

Apabila diusik persamaan roman mukanya seperti seorang selebriti, lelaki itu tergelak.

“Benar, ramai orang cakap macam tu, jadi saya anggap ia satu perkara biasa. Meskipun bukan seorang penyanyi atau pelakon, saya tetap perlu jaga diri agar kelihatan kemas.

“Selain ke salun, saya akan mencuci muka setiap hari dan memakai pelembap bagi memelihara kulit wajah," katanya berterus-terang.

Tidak hanya itu, beliau turut mengeluarkan peluh dengan melakukan aktiviti sukan di luar seperti berlari atau berjalan. Lokasi seperti di Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur yang menjadi opsyen utama warga ibu kota turut menjadi pilihannya.

Bersenam di gimnasium? Itu bukan pilihan Muhammad Asyraf walaupun beberapa fasiliti terdapat di rumah.

"Pun demikian, ia bergantung juga kepada keadaaan cuaca atau jadual kerja saya dan isteri tidak terlalu padat. Jika ada keperluan, mengapa tidak?," ungkapnya.

KETEPATAN FAKTA

Sudah cukup bercerita tentang soal menjaga pemakaian dan diri, penulis mengajukan soalan tentang media sosial yang pengaruhnya bukan biasa-biasa.

Seperti yang diketahui semua, bagaikan seperti ada kuasa magis yang membuatkan orang ramai begitu mudah mempercayai sesuatu perkara, meskipun tanpa sebarang bukti kukuh dan siasatan terperinci dilakukan terlebih dahulu.

Mendengarkan butir percakapan penulis, Muhamad Asyraf meminta ruang untuk memberikan pandangannya.

Selaku pakar dalam bidang pemakanan, dengan tegas beliau berkata, segala fakta yang dikemukakan mesti sahih, bukan sengaja direka-reka demi menarik perhatian warga maya secara semberono.

Dalam aspek perubatan, katanya, KKM sudah mula meletakkan garis panduan bagi menetapkan kelayakan individu yang ingin bercakap soal pemakanan atau produk berkaitan kesihatan. Tidak mengira sama ada di televisyen, radio, akhbar mahupun kandungan dalam talian, segalanya perlu mendapatkan kelayakan.

“Kerajaan sekarang sudah menetapkan undang-undang agar seseorang yang hendak menyampaikan informasi kesihatan perlu memiliki lesen berdaftar di bawah KKM.

“Apa yang saya lihat sekarang, kadangkala usahawan yang menjual produk ini tidak memiliki latar belakang tentang kesihatan atau pemakanan. Di samping itu, mereka dilihat hanya menggunakan pihak ketiga untuk menghasilkan produk. Tanpa kesahihan yang jitu, mereka dengan penuh berani mendakwa produk mereka mampu merawat penyakit.

“Kesannya, pihak hospital akan menerima pesakit yang sudah berada pada tahap kronik. Apabila ditanya, pesakit akan menjawab mereka menggunakan produk begitu, begini dan kemudian menyalahkan doktor kerana gagal memberikan perawatan yang baik," getus beliau panjang lebar.

Dalam aspek perubatan, katanya, KKM sudah mula meletakkan garis panduan bagi menetapkan kelayakan individu yang ingin bercakap soal pemakanan atau produk berkaitan kesihatan. Tidak mengira sama ada di televisyen, radio, akhbar mahupun kandungan dalam talian, segalanya perlu mendapatkan kelayakan.

Muhammad Asyraf tidak menolak sikap masyarakat era ini yang lebih mudah mengambil pendekatan alternatif berbanding berjumpa dengan doktor di hospital.

“Namun, tidakkah mereka terfikir impaknya jika kesihatan tiba-tiba terganggu dan semakin memburuk? Nasihat saya, adalah lebih baik kita ke klinik atau ke hospital,“ sarannya.-NURUL FADILA AWALUDIN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca