[15 FOTO] Ratu Elizabeth II ikon gaya elegan, kisah disebalik topi, rantai mutiara dan sut terang

A
A
A

SEPANJANG pemerintahan selama tujud dekad, Ratu Elizabeth II menjadi ikon gaya tersendiri. Stail ringkas elegan menjadi pilihan wanita itu.

Kerongsang, seperti sut, topi, kasut 'patent pump' dan beg tangan adalah antara ‘statement’ adalah antara gaya baginda.

Baca juga: Ratu Elizabeth II mangkat, Camilla pula menjadi Raja Permaisuri, 10 info berkaitan

Baca juga: 8 fakta penting patut tahu mengenai Ratu Elizabeth II

Daripada era sebagai puteri diraja kemudian menaiki tahta, baginda memilih potongan seragam tradisional dan feminin.

Ratu Elizabeth II mangkat, Camilla pula menjadi Raja Permaisuri, 10 info berkaitan

Mendiang menggunakan khidmat pereka Hardy Amies (sehingga 1990), manakala jurulatih Freddie Fox adalah antara mereka yang diamanahkan untuk mencipta pelbagai jenis topinya, sehingga tahun 2002.

Baginda kemudian beralih kepada sut skirt berwarna-warni selepas bersama pereka Mary Angela Kelly.

SUT RONA TERANG

Pendekatan fesyen yang digunakan baginda boleh dilihat pada pemakaian Duchess Cambridge dan Sussex iaitu Kate Middleton dan Meghan Markle. Mereka menggunakan rona-rona terang bagi memastikan kerabat diraja dapat dikesan dalam kelompok orang ramai.

Baca juga: Gagal hadiri hari peringatan kematian datuk, Putera Harry dan isteri dicemuh

TOPI DAN HIASAN KEPALA

Topi sering digunakan pemerintah wanita ini dalam penggayaannya. Pelbagai gaya hiasan kepala termasuk topi dan turban digayakan Ratu Elizabeth II sepanjang 70 tahun menjalankan tugas rasmi.

 

KASUT 'PATENT PUMP'

Kasut jenis ‘pump’ adalah kegemarannya sejak dulu.

SKAF KEPALA

Selain itu, salah satu penggayaan baginda ialah skaf kepala. Semasa tidak bertugas dan berada di Balmoral dan Sandringham, baginda sering dilihat dalam pakaian daripada fabrik tweed dan skaf kepala bercetak seperti Burberry dan Hermès.

Baca juga: Tip ringkas, menjimatkan agar kualiti skaf satin kekal lama

BEG TANGAN

Beg tangan rekaan klasik Launer menjadi kegemaran baginda. Selain menjadi tempat menyimpan barangan keperluan, beg berkenaan dipercayai berfungsi sebagai cara untuk baginda berkomunikasi secara senyap dengan kakitangannya.

Jika baginda menukar beg tangan daripada satu tangan ke tangan yang lain, ia bermakna beliau telah selesai dengan perbualan semasa. Sekiranya beg berkenaan diletakkan di atas meja, kakitangan tahu naginda perlu meninggalkan tempat itu dalam masa lima minit. Manakala jika beg diletakkan di atas lantai, pembantunya tahu baginda perlu "diselamatkan" daripada situasi sosial ketika itu.

KERONGSANG

Bonda kepada empat cahaya mata itu sentiasa menggayakan kerongsang pada bahagian dada kiri. Koleksi barang kemas Ratu Elizabeth adalah antara yang paling mengagumkan di dunia dengan menggunakan perincian berlian besar, delima, mutiara dan banyak lagi.

Baca juga: Pin, kerongsang Wirdora ketengahkan tema evergreen, cocok untuk hijabi yang pentingkan keterampilan

 

KALUNG MUTIARA

Ratu Elizabeth II jarang dilihat ramai tanpa kalung mutiara kegemarannya.

Menurut laman web David Douglas, baginda mengandungi lebih 300 barang kemas termasuk 98 kerongsang, 46 rantai, 37 gelang, 34 pasang subang, 15 cincin, 14 jam tangan dan lima loket. Bagaimanapun, kalung mutiara yang ringkas dan sangat sentimental terus menjadi aksesori kegemaran.

Rantai berkenaan adalah hadiah daripada ayahanda baginda Raja George VI, yang meninggal dunia pada 1952. Menurutnya, Ratu Elizabeth II sebenarnya memiliki tiga rantai mutiara yang hampir dan dipakai secara bergilir-gilir.

 

Elle mendedahkan, pereka fesyen, Mary Angela Kelly berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi dan Tukang Jjahit Kanan kepada Ratu Elizabeth II sejak 2002.

Gelaran rasminya ialah Pembantu Peribadi, Penasihat dan Kurator kepada penjaga barang kemas, lambang dan pakaian baginda.

Sepanjang sembilan dekad sebagai puteri kemudian ratu, Ratu Elizabeth II adalah ikon gaya yang menjadi ikutan.

Sumber: Vogue, Elle, Vanity Fair, Town & Country, David Douglas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang