PADA awalnya, Wirdalina Tauhed menjadikan pin sebagai hadiah sampingan bagi setiap pembelian tudung kanak-kanak yang dijualnya.

Namun, pin yang menggunakan kristal tulen yang diimport dari luar negara itu pula yang menjadi perhatian ramai. Bermula dari detik itulah, Wirdalina mewujudkan jenama Wirdora pada Mei 2017.


“Sejak itu, saya mula menambah lagi rangkaian warna pin dan juga kerongsang agar lebih bervariasi. Sejujurnya, saya terkejut melihat permintaan pin lebih banyak berbanding tudung.
“Saya turut membuat kajian dan mendapati segmen pasaran (pin dan kerongsang) masih kecil. Paling murah, item itu dijual pada harga serendah RM1, sementara yang bertaraf premium mencecah ribuan ringgit (jenama antarabangsa). Untuk harga pertengahan, masih belum ada ketika itu dan Wirdoralah yang akan merealisasikannya,” ungkap Pengarah yang juga Pengasas Wirdora itu kepada SinarPlus baru-baru ini.

Sebelum pergi jauh, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, nama Wirdora cukup istimewa. Ia adalah padanan namanya dan ibu mertua tersayang, Dayang Dora!
Mengulas lanjut, Wirdalina berkata, beliau menerapkan konsep moden dan elegan pada produknya seiring dengan kehendak hijabista masa kini.
Coraknya pula bertemakan evergreen. Dalam erti kata mudah, sesuai dipakai sepanjang masa.
Selain motif bunga, terdapat bentuk rama-rama, bintang, hati, heksagon, empat segi sama, bulat, bujur dan bermacam-macam lagi.
Bukan hanya tertumpu kepada warna monokrom, malah campuran dua atau tiga rona turut diketengahkan. Terdapat juga warna edisi terhad termasuk cetakan eksklusif di atas kristal.
“Bagi saya, pemilihan rekaan dan warna sangat signifikan kerana ia mestilah saling melengkapi di antara satu sama lain,” kongsinya.

BERMUTU TINGGI 
Menariknya lagi tentang Wirdora, kristal pada kerongsang dan pin jenis tahan karat serta mesra alam yang menjadi menjadi teras kepada jenama itu diimport khas dari Austria.
Seperkara, pengguna juga tidak perlu risau membuat pembelian kerana jenama berkenaan menawarkan jaminan selama empat bulan dan setahun untuk beberapa produk tertentu.
Ringkas kata, jika terdapat kecacatan yang berpunca daripada pengeluar atau kilang, tunjukkan sahaja kad jaminan.
“Kepada pengguna yang mempunyai alahan atau kulit sensitif pula, Wirdora satu pilihan yang tepat kerana bahan yang digunakan adalah jenis stainless steel, menggunakan saduran rhodium dan memiliki ciri antiradang serta berkualiti tinggi,” katanya.
Wirdalina dilihat tidak mengehadkan skop perniagaannya. Selain pin dan kerongsang, beliau turut mengeluarkan koleksi tudung yang mudah digosok dan jenis cetakan.
Fabrik pleated yang menjadi dambaan wanita berkerjaya yang sentiasa mengejar masa turut ditampilkan.
Wanita penuh kredibiliti itu turut membawakan rangkaian item lain seperti peniti skaf, butang baju Melayu, cincin tudung, tudung bawal, selendang, pelitup muka, stoking tangan, inner hijab dan pelbagai keperluan lain untuk wanita berhijab.
Ditanya mengenai perancangan akan datang, Wirdalina berkata, Wirdora mahu mengukuhkan lagi tapak perniagaan di Malaysia.
“Di samping itu, kami turut memberi fokus pada pasaran Asia, lebih-lebih lagi di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya.

“Sejak itu, saya mula menambah lagi rangkaian warna pin dan juga kerongsang

“Saya turut membuat kajian dan mendapati segmen pasaran (pin dan kerongsang) masih kecil. Paling murah, item itu dijual pada harga serendah RM1, sementara yang bertaraf premium mencecah ribuan ringgit (jenama antarabangsa). Untuk harga pertengahan, masih belum ada ketika itu dan Wirdoralah yang akan merealisasikannya,” ungkapPengarah yang juga Pengasas Wirdora itu kepada SinarPlus baru-baru ini.

Sebelum pergi jauh, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, nama Wirdora cukup istimewa. Ia adalah padanan namanya dan ibu mertua tersayang, Dayang Dora!

Baca ni: Baca ni: [VIDEO] ‘Pergi haji atau ke New York Fashion Week?’ Gelagat jemaah wanita balik dari Tanah Suci ‘melaram’ dalam pesawat raih perhatian!

TEMA EVERGREEN

Mengulas lanjut, Wirdalina berkata, beliau menerapkan konsep moden dan elegan pada produknya seiring dengan kehendak hijabista masa kini.
Coraknya pula bertemakan evergreen. Dalam erti kata mudah, sesuai dipakai sepanjang masa.

Selain motif bunga, terdapat bentuk rama-rama, bintang, hati, heksagon, empat segi sama, bulat, bujur dan bermacam-macam lagi.
Bukan hanya tertumpu kepada warna monokrom, malah campuran dua atau tiga rona turut diketengahkan. Terdapat juga warna edisi terhad termasuk cetakan eksklusif di atas kristal.

Selain motif bunga, terdapat bentuk rama-rama, bintang, hati, heksagon, empat segi sama, bulat, bujur dan sebagainya.

“Bagi saya, pemilihan rekaan dan warna sangat signifikan kerana ia mestilah saling melengkapi di antara satu sama lain,” kongsinya.

BERMUTU TINGGI
Menariknya lagi tentang Wirdora, kristal pada kerongsang dan pin jenis tahan karat serta mesra alam yang menjadi menjadi teras kepada jenama itu diimport khas dari Austria.

KAD JAMINAN

Seperkara, pengguna juga tidak perlu risau membuat pembelian kerana jenama berkenaan menawarkan jaminan selama empat bulan dan setahun untuk beberapa produk tertentu.
Ringkas kata, jika terdapat kecacatan yang berpunca daripada pengeluar atau kilang, tunjukkan sahaja kad jaminan.

Iklan

“Kepada pengguna yang mempunyai alahan atau kulit sensitif pula, Wirdora satu pilihan yang tepat kerana bahan yang digunakan adalah jenis stainless steel, menggunakan saduran rhodium dan memiliki ciri antiradang serta berkualiti tinggi,” katanya.

Baca lagi: Dulu beg pasar malam dan toto. Kali ini Balenciaga ‘buat hal’ perkenal ‘trash pouch’ ilham daripada beg sampah

DAMBAAN WANITA BERKERJAYA

Wirdalina dilihat tidak mengehadkan skop perniagaannya. Selain pin dan kerongsang, beliau turut mengeluarkan koleksi tudung yang mudah digosok dan jenis cetakan.
Fabrik pleated yang menjadi dambaan wanita berkerjaya yang sentiasa mengejar masa turut ditampilkan.

Wanita penuh kredibiliti itu turut membawakan rangkaian item lain seperti peniti skaf, butang baju Melayu, cincin tudung, tudung bawal, selendang, pelitup muka, stoking tangan, inner hijab dan pelbagai keperluan lain untuk wanita berhijab.

Iklan

Ditanya mengenai perancangan akan datang, Wirdalina berkata, Wirdora mahu mengukuhkan lagi tapak perniagaan di Malaysia.

“Di samping itu, kami turut memberi fokus pada pasaran Asia, lebih-lebih lagi di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya.

Sumber: Runway magazines. com  

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan