PUTERA Harry dan isteri, Meghan dikritik hebat oleh warga maya kerana tidak menghadiri hari penting keluarga.

Warganet meluahkan rasa kecewa terhadap pasangan berkenaan kerana tidak hadir di hari memperingati Putera Philip itu.

Menurut The Sun, lebih daripada 1,800 tetamu termasuk 27 orang ahli diraja antarabangsa dari seluruh dunia turut hadir untuk memberi penghormatan kepada Duke of Edinburgh.

Bekas pegawai perlindungan Putera Philip menyifatkan ketidakhadiran Putera Harry ke majlis memperingati datuknya itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

Sebagai seorang yang menghabiskan waktu selama 14 tahun sebagai penjaga mendiang Putera Philip, Richard Graffin kecewa dengan tindakan Putera Harry

 

Kredit foto: PA

“Kegagalan kedatangan Putera Harry merupakan satu kekecewaan yang teramat besar untuk semua orang.

“Ramai orang membahaskan sepatutnya Putera Harry harus berada di majlis ini.

“Menggunakan alasan bahawa dia tidak menerima perlindungan sepanjang majlis merupakan satu perkara yang mengarut.

“Dia sepatutnya berada di sini untuk memberi penghormatan kepada mendiang.

“Sekiranya risau akan keselamatan, dia sepatutnya duduk bersama Putera William dan ayahnya kerana mereka mempunyai perlindungan keselamatan yang hebat,” ujar Richard Graffin.

Iklan

Tindakan Putera Harry berhenti daripada menjalankan tugas sebagai kerabat diraja menyebabkan pengawal peribadinya juga dipindahkan dan perkara ini membuat Putera Harry menyaman Home Office.

Putera Harry merasakan bahawa dia tidak selamat untuk keluar membawa dua orang anaknya, Archie, dua tahun dan Lilibet, 9 bulan.

Baca juga: Puteri Belanda Tolak Elaun Diraja RM7.96 Juta, Selagi Belum Jalankan Tugas Rasmi

Iklan

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 Hari, Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Jadi Tumpuan Dunia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI