5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion
MENJADI bilionair adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran lima wanita ini. Sementelah mereka tidak dilahirkan dengan keluarga yang kaya-raya, bidang perniagaan juga tidak mudah untuk dikuasai golongan wanita kerana pelbagai kejutan dan cabaran.
Bergelar bilionair ‘self made’ bermakna kelima-lima mereka bermula dari bawah menghadapi cabaran, persepsi masyarakat terhadap wanita dan mendaki tangga kejayaan hingga puncak.
Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
Baca juga: 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion
Ceoworld menyenaraikan lima bilionair ‘self made’ wanita termasuk penyanyi terkenal, Rihanna.
Lima wanita hebat ini memulakan perjalanan mereka pada usia awal 20-an dan membina empayar mereka sendiri hingga mengumpul kekayaan mencecah bilion ringgit.
Rihanna (USD$1.4 billion)
Penyanyi pop Rihanna turut tersenarai di antara bilionair wanita ‘self-made’ terkaya dunia. Rihanna, 34, pernah tersenarai antara 30 jutawan dunia di bawah usia 30 tahun oleh Forbes beberapa tahun lalu.
Selebriti popular itu tidak hanya bergelar penyanyi, beliau juga pengasas Fenty Beauty iaitu syarikat kosmetik, yang dimiliki bersama syarikat peruncitan mewah Perancis, LVMH. Selain kosmetik, Rihanna memiliki jenama pakain dan pakaian dalam Fenty serta Savage x Fenty. Ibu muda itu dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak USD$1.4 billion( RM6.26 bilion).
Whitney Wolfe Herd (USD$1.5 billion)
Membina empayar melalui aplikasi temu janji yang interaktif, Whitney Wolfe Herd, 33, dikatakan bernilai USD$1.5 billion (RM6.7 bilion).
Herd mencipta aplikasi temu janji yang mengutamakan wanita, Bumble, dan merevolusikan cara temu janji dalam talian. Pada 2021, syarikatnya, Bumble Inc turut melahirkan satu lagi aplikasi temu janji lain yang dinamakan Badoo. Pada tahun 2021, Herd pernah dinobatkan Forbes sebagai jutawan wanita 'self made' termuda.
Terdahulu, Herd adalah pengasas bersama aplikasi Tinder tetapi meninggalkan syarikat itu selepas bepisah dengan teman lelakinya yang juga pengasas bersama, Justin Mateen.
Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta
Baca juga: Ibu manjakan anak dengan kemewahan, hisap puting emas, mandi susu dan madu
Melanie Perkins (USD$6.5 bilion)
Bilionair daripada aplikasi grafik Canva ini bermula daripada menjual skaf yang direka sendiri. Namun kini Melanie Perkins,34, muncul antara wanita terkaya di dunia.
Segalanya bermula pada tahun 2013 apabila beliau dan suaminya, Cliff Obrecht melancarkan perisian itu di Australia. Sejak itu, Canva menarik lebih 60 juta pengguna setiap bulan. Kekayaan Perkins dianggarkan USD$6.5 bilion (RM29.04 bilion).
Falguni Nayyar (USD$4.3 bilion)
Visi Falguni Nayyar, 59, adalah untuk mengubah wajah e-dagang dalam industri kosmetik. Beliau merupakan seorang kakitangan bank pelaburan yang berpengalaman di India yang menggunakan kemahirannya untuk membina kedai kosmetik, Nykaa pada tahun 2012.
Dengan 100 buah kedai dan lebih daripada 4000 jenama melalui platform dalam talian, Nykaa muncul sebagai pusat sehenti bagi mereka yang ingin membeli produk kecantikan. Pada tahun 2021, Nykaa diumumkan sebagai yang menjadikan Nayyar bilionair wanita ‘self made’ terkaya di India. Pada masa ini, Nayyar memiliki kekayaaan bernilai USD$4.3 bilion (RM19.21 bilion).
Baca juga: “Dia wanita hebat, cantik dan menakjubkan.” Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun
Baca juga: 15 orang paling kaya di Malaysia
Wu Yajun (USD$11.3 bilion)
Dinobatkan sebagai bilionair wanita ‘self made’ terkaya di dunia, Wa Yajun, 57, adalah seorang ahli perniagaan China yang mengasaskan syarikat pemaju hartanah, Longfor Properties.
Sebelum terjun dalam bidang perniagaan, ibu kepada seorang cahaya mata itu bekerja sebagai wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
Pada tahun 2009, Longfor Properties diumumkan di Hong Kong Exchange (SEHK) dan menarik pelaburan termasuk syarikat terkemuka seperti Temasek Holdings. Selain Longfor Properties, Yajun telah melabur dalam syarikat teknologi seperti Evernote dan Uber. Wanita hebat itu dikatakan memiliki kekayaan bernilai USD$11.3 bilion atau RM50.49 bilion.
Inilah adalah nama-nama wanita yang memiliki kekayaan atas usaha mereka sendiri. Tidak mewarisi harta daripada keluarga atau suami, justeru kelima-lima mereka tidak boleh dipandang remeh!
Kejayaan mereka hingga tersenarai dalam barisan wanita terkaya di dunia membuktikan kemampuan wanita di dalam bidang perniagaan. Anda juga boleh, wanita boleh!
Baca juga: 5 jutawan Muslim ini tidak pernah mendongak ke langit. Ini yang dilakukan oleh mereka
Baca juga: Bill Gates terima menantu Muslim, atlet ekuestrian Mesir, berikut 5 fakta mengenainya
Sumber: Forbes, Ceo World
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang