Anak malu dihantar David Beckham ke sekolah, minta berhenti jauh
ANAK perempuan bekas pemain bola popular, David Beckham, Harper Seven Beckham sering kali mendapat perhatian ramai lantaran kecomelannya.
Gelaran 'anak perempuan ayah' diberikan kepada Harper sementelah beliau satu-satunya puteri dalam keluarga David dan Victoria Beckham.
Menerusi satu temu ramah fail media digital (podcast) Armchair Expert yang dikendalikan Dax Shepard, Victoria mendedahkan tentang kehidupannya dan cita-cita awalnyauntuk bergelar penari dan penyanyi.
Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta
Dalam pada itu, Ahli kumpulan Spice Girl itu turut bercerita tentang suaminya, David.
Soalan berkaitan zaman kanak-kanak Victoria yang diajukan menyebabkan ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi tentang cahaya mata perempuannya.
Victoria berkata ketika di bangku sekolah, bapanya Tony Adams, akan menghantar beliau dan kakak dengan menaiki Rolls Royce dan menjelaskan bahawa tony berbangga dengan kenderaannya pada masa itu.
"Ayah mempunyai Rolls Royce tetapi dia juga seorang pemborong barangan elektrik dan mempunyai sebuah van. Saya dan kakak saya pernah meminta ayah hantarkan kami dengan van," ulasnya.
Rupa-rupanya perkara itu turut berlaku kepada Harper. Dedah Victoria sang suami pernah berkecil hati dengan puteri mereka.
"David dan saya ada berbual tentang menghantar Harper. Dia berkata, 'Ayah bolehkah turunkan saya jauh sedikit dari sekolah.
"Dia anak bongsu kami dan sungguh ini yang sedang berlaku," jelas Victoria dalam wawancara berkenaan.
Baca juga: Kanak-kanak genius kuasai 8 bahasa, kenali Bella Devyatkina
Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion
David dan Victoria Beckham memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Brooklyn, 23, Romeo, 20, dan Cruz, 17.
Comel, keletah dan diberi gelaran 'daddy's little girl' , berikut adalah lima info menarik Harper:
1-Harper dilahirkan pada 7.55 pagi di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 10 Julai 2011.
2-Seperti tiga abangnya, gadis kecil ini dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
3-Terlalu menyayangi Harper, David mengabadikan nama Seven buat anak perempuan tunggalnya. Nombor berkenaan adalah nombor jersi beliau ketika zaman bola sepak profesionalnya.
4-'Fashionista' sama seperti ibunya, Harper menggayakan gaun couture pertama ketika berusia lapan tahun.
5-Kini berusia 11 tahun, Harper pelajar di Glendower Prep di South Kensington, London. Sekolah berprestij itu mengenakan yuran tahunan sebanyak £22,350 (RM120,389.85).
Sumber: Mirror UK, Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang