Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu
BAYI berumur sebulan masih terlalu kecil untuk mempertahankan dirinya selepas ‘dirampas’ daripada ibu ketika sedang menyusu. Mangsa maut ditangan seekor monyet liar di halaman rumah.
Insiden menyayat hati itu berlaku ketika sekumpulan monyet menceroboh kawasan kediaman milik ibu muda Shayima di Kampung Kigoma, Tanzania.
Menurut laporan media Tanzania, The Citizen, kejadian berlaku pada jam 3.00 petang ketika Shayima menyusukan bayi lelakinya, Luhaiba Said.
Baca juga: Isteri baru mula kerja, suami gendong bayi cari rezeki undang sebak
Shayima sedang duduk di luar rumah sambil menyusukan Lubaiha. Namun tanpa diduga, sekumpulan monyet menceroboh halaman rumah dengan pantas merampas bayi itu daripadanya.
“Memang benar. Kanak-kanak itu bersama ibunya di luar rumah mereka apabila sekumpulan monyet menyerbu rumah dan membawanya,” kata Komander Polis Wilayah Kigoma, James Manyama.
Tidak tahu bagaimana untuk menghalau kumpulan monyet yang mengganas dan mendapatkan kembali bayinya, keadaan itu memaksa si ibu meminta pertolongan.
Baca juga: Tergamaknya ibu, sanggup bungkus jasad bayi dalam kotak di asrama
Baca juga: Hanya 14 di dunia, bayi senyum kekal ‘rare’ jadi TikToker
"Dia menjerit meminta tolong dan penduduk kampung bergegas ke rumahnya untuk membantu mendapatkan bayi yang dirampas,” jelasnya.
Difahamkan, bayi itu dirampas dan dipegang salah seekor monyet dan penduduk kampung terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengambilnya kembali.
"Apabila penduduk kampung datang, semuanya sudah terlambat kerana bayi itu sudah berada di tangan monyet. Apabila mereka cuba mengambilnya kembali secara paksa, haiwan itu mencederakan bayi pada bahagian kepala dan leher," kata Manyama.
Penduduk kampung berjaya mendapatkan semula mangsa. Namun malangnya ketika itu mangsa sudah cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berhampiran.
Kedudukan Kampung Kigoma yang berhampiran dengan taman negara menjadi faktor pencetus kejadian.
“Kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe jadi kejadian haiwan menceroboh kampung bukan perkara luar biasa,” katanya Manyama.
Pada tahun 2014, National Geographic melaporkan kejadian seekor cimpanzi membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas merampas kanak-kanak berkenaan daripada ibunya.
Baca juga: Lahir awal 7 minggu , wanita bersalin bayi lelaki dalam pesawat ke Brunei
Baca juga: Ibu kongsi bahaya Sindrom Hair Tourniquet jari bayi terlilit, bengkak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang