'Cantiknya Amora, persis mami waktu muda.' Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!
PENAMPILAN penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang berhijab meraih perhatian ramai.
Gambar penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak yang berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dimuat naik menerusi Instagram miliknya.
Cantik tanpa sebarang solekan dan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam, ibu kepada empat cahaya mata itu biarpun bertutup, namun seperti biasa, penampilannya tetap memukau dan terlihat glamor.
Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan umrah.
Baca ni Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya
“Orang yang berperang di jalan ALLAH SWT dan orang yang menunaikan haji serta umrah adalah delegasi ALLAH. Ketika mereka meminta kepada-NYA, maka ALLAH akan mengabulkan permintaan mereka” (al-Hadis). Bismillahirahmanirahim. Mohon maaf lahir batin,” tulisnya menerusi kapsyen.
Turut mencuri perhatian ramai semestinya penampilan anak dara Kris iaitu Amora.
Pemilik nama sebenar Ariannha Amora Lemos yang kini berusia 12 tahun itu tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, beliau dilihat lebih tinggi daripada ibunya.
Sekadar makluman, Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja.
Baca lagi Rambut lebat cucu Kris Dayanti jadi tumpuan, ini 10 tip mudah untuk ibu hamil amalkan
Rata-rata memuji penampilan mereka sekeluarga dan mengharapkan semoga penyanyi berkenaan seisi keluarga terus istiqamah dalam berhijab usai pulang daripada umrah kelak.
Ada yang mengaitkan hal tersebut dengan selebriti lain seperti Mulan Jamilah, Desi Ratnasari dan ramai lain yang sudah berhijab namun tetap cantik dan ayu seperti biasa.
Bahkan kata mereka, penampilan selebriti berkenaan semakin elegan dan yang pasti disukai oleh ALLAH.
TITIPAN DOA
Menerusi hantaran kedua selepas tiba di tanah suci, adik kepada penyanyi Yuni Shara itu turut berterima kasih atas titipan doa buat beliau sekeluarga.
"Amin Amin Yarab. Alhamdulillah semua rangkaian doa dan titipan doa semoga dikabulkan. Salam juga untuk semua," tulisnya di ruangan komen.
Baca lagi ‘Saya bukan jenis try hard’. Penat dicop muka RTM, Muaz luah rasa terkilan…
Berikut SinarPlus kongsikan ucapan daripada peminat pelantun lagu Cinta menerusi ruangan komen:
'Bismillahirrahmaanirrahiim. Selamat menjalankan ibadah umroh Gemmi sayang. Mabrur Insya-ALLAH.'
'Mami @krisdayantilemos selamat beribadah ya, semoga dipermudahkan. Kakak Amora cantik sangat kalau pakai hijab mirip kakak Lolly versi Timor leste.'
'Bismillah semoga dilancarkan perjalanan pulang perginya Gemmi dan keluarga.'
'Kak Amora cantik pakai hijab. Semoga istiqomah ya. Semoga umrahnya lancar mimi KD dan keluarga, diberikan kesihatan yang baik.'
'Masya-ALLAH Amora cantiknya, persis maminya waktu muda. Teringat awal-awal waktu memasuki Asia bagus.'
'Mimi @krisdayantilemos cantiknya bila berhijab.'
'Tampak cantik dan berkarisma Mimi KD pakai pakaian begitu.'
Sumber: Instagram krisdayantilemos
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang