Gadis mangsa perkosa guna papan tanda buaya, ‘apps’, bantu polis jejaki pelaku
GADIS yang menjadi mangsa jenayah di Georgia, Amerika Syarikat (US) menggunakan guna papan tanda amaran buaya dan aplikasi pada telefon pintar bagi membantu polis menjejaki kedudukannya dan pelaku.
Menurut jurucakap polis, tertuduh, Dalton Ramsey menumpangkan gadis berusia 17 tahun itu berjumpa teman lelakinya di Pennsylvania.
Baca juga: Kes noda wanita 28 tahun lalu akhirnya terbongkar, anak bantu ibu heret suspek ke pengadilan
Bagaimanapun tanpa disangka, Ramsey secara tiba-tiba bertindak memberhentikan kereta dan mengikat tangan mangsa menggunakan pita pelekat.
“Apabila melepasi Coweta County tertuduh mula memperkosa gadis berkenaan dan mengugut mencederakannya pisau pada leher ,” kata pegawai polis, Toby Nix.
Lelaki berkenaan bagaimanapun ketika itu masih membenarkan gadis berkenaan menggunakan telefon bimbit yang membolehkan beliau menghubungi pihak berkuasa dan teman lelakinya.
Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang
Mangsa memberitahu teman lelakinya untuk mencari tempat yang memaparkan papan tanda amaran buaya yang digunakan untuk mengingatkan kepada pengguna bot di kawasan takungan air. Katanya, papan tanda tersebut dilihat pada bahagian luar taman yang ditutup.
Gadis berkenaan dilaporkan menggunakan aplikasi Noonlight ketika Ramsey mula memandu semula. Beliau menulis 'perkosa' bagi menamakan kenderaan penjenayah itu. Aplikasi berkenaan kemudian menjejaki perantinya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ramsey kini telah ditangkap oleh polis, Habersham County kira-kira 200 kilometer dari tempat kejadian dan didakwa atas tuduhan menculik.
Dia diekstradisi ke Coweta County dan menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk memperkosa dan serangan bersenjata.
Gadis berkenaan dibawa pulang ke pangkuan keluarganya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kenderaan Ramsey berada dikawasan takungan air itu pada masa kejadian menjadi salah satu bukti.
Menurut laman web Noonlight, aplikasi tersebut direka untuk melindungi orang ramai agar boleh hidup bebas dan aman.
Siapa sangka aplikasi juga mampu menyelamatkan nyawa. Tindakan pantas gadis berkenaan membantu pihak berkuasa dan secara tidak langsung membela nasib dirinya.
Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah ini, lakukan langkah seperti berikut dengan segera:
- Jangan tunggu lebih dari 48 jam
- Jangan mandi
- Jangan tukar pakaian
- Jangan makan dan minum
- Jangan gosok gigi
Mangsa yang diperkosa perlu membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam tanpa membersihkan diri.
Hal ini kerana apa yang ada pada badan selepas diperkosa boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.
Baca juga: Remaja dinoda 33 lelaki dalam 8 bulan, takut buat laporan polis kerana diugut
Sumber: Metro UK, Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang