Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang
HATI-hati wahai wanita! Seorang wanita dan anak enam tahun menjadi mangsa pemerkosaan sekumpulan lelaki bernafsu binatang selepas diumpan dengan pelawaan dihantar ke rumah menggunakan kereta.
Insiden kejam dan tidak berhati perut itu dilaporkan berlaku di Roorkee, Uttarakhand, India ketika ibu berkenaan bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah.
Baca juga: Remaja dinoda 33 lelaki dalam 8 bulan, takut buat laporan polis kerana diugut
Namun di dalam perjalanan sejauh 10 kilometer itu, lelaki-lelaki di dalam kenderaan berkenaan mula mengambil kesempatan menodai wanita berkenaan dan anaknya yang masih kecil.
Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sonu dan rakan-rakannya melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak. Dia kemudian menurunkan dua beranak malang itu berhampiran sebuah terusan.
Dengan kekuatan yang tersisa, wanita berkenaan menggagahkan diri ke balai polis untuk melaporkan jenayah berkenaan pada tengah malam.
Baca juga: Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol
Menurut Polis India, Superintendan Pramendra Doval berkata menurut wanita berkenaan semasa dipelawa, beberapa rakan lelaki itu sudah berada di dalam kereta.
Suspek merogol mangsa di dalam kereta yang sedang bergerak dan membuang mereka berhampiran terusan.
Lebih menyedihkan, semasa membuat laporan wanita berkenaan tidak dapat memastikan bilangan lelaki di dalam kenderaan berkenaan.
Mangsa dan anaknya dirujuk ke hospital dan pemeriksaan perubatan mendapati mereka telah diperkosa. Polis sedang menyiasat kes tersebut dan mula mengesan suspek yang terlibat.
Rogol adalah jenayah keempat tertinggi dihadapi wanita di India. Menurut laporan tahunan 2019 Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB), 32,033 kes rogol didaftarkan di seluruh negara itu dengan purata 88 kes setiap hari.
Lebih menakutkan data negara itu menunjukkan pada tahun 2019 rata-rata hampir empat wanita rogol setiap jam di negara ini yang berjumlah hampir 1.4 bilion orang. Angka-angka tersebut hanya menunjukkan kes-kes yang dilaporkan dan tidak termasuk kes-kes keganasan seksual selain rogol.
Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah ini, lakukan langkah seperti berikut dengan segera:
- Jangan tunggu lebih dari 48 jam
- Jangan mandi
- Jangan tukar pakaian
- Jangan makan dan minum
- Jangan gosok gigi
Mangsa rogol perlu membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam tanpa membersihkan diri.
Hal ini kerana bukti yang ada pada badan selepas dirogol boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.
Sumber: India Today
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang