'Labuhnya tudung, sopan je.' Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!
KUNJUNGAN pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan tunangnya, Rosie Huntington-Whiteley ke Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini meraih perhatian ramai.
Manakan tidaknya, Whiteley yang merupakan pelakon dan model tampak begitu manis dan sopan menggayakan jubah putih berserta selendang panjang menutupi rambutnya, sementara Statham mengenakan sut berwarna hitam.
Setakat ini, cerita mereka itu telah meraih lebih 4 juta tanda suka.
Untuk rekod, pasangan tersebut bertemu pada tahun 2010 di lokasi kejadian Transformers: Dark of the Moon.
Biarpun berbeza usia sebanyak 20 tahun, namun ia bukan penghalang untuk kedua-duanya menjalinkan hubungan cinta.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, pelakon Fast & Furious itu tidak menyatakan objektif mereka berdua berkunjung ke Abu Dhabi dan masjid berkenaan.
Tidak kisahlah apa tujuan mereka, apa yang menjadi bualan warganet adalah prinsip mereka yang menghormati tata cara orang Islam.
Rata-ratanya sangat mengalu-alukan kunjungan Statham dan tunangnya ke masjid serba mewah, selain berpendapat kedua-duanya ialah pasangan cantik serta sepadan.
Justeru, ada yang menitipkan doa semoga pasangan demikian diberikan hidayah untuk memeluk Islam.
MASJID BERNILAI TINGGI
Selain kisah kunjungan pelakon terkenal itu, ada juga kalangan warga maya yang tertarik dan terpegun apabila melihat dekorasi dan seni bina masjid berkenaan.
Sejak zaman berzaman, masjid tersebut sering menjadi tumpuan ramai pelancong di seluruh dunia termasuklah individu bukan Islam.
Dibuka secara rasmi pada bulan Ramadan 2007, reka bentuknya yang moden dibangunkan dengan pembinaan 82 kubah yang diperincikan dengan hiasan batu marmar putih.
Sementara ruang dalamnya seluas 17,000 meter persegi memperlihatkan penggunaan marmar putih dengan sentuhan motif bunga-bungan menghiasi ruangan dewan solat.
Lebih menakjubkan, terdapat tujuh buah lampu candelier dihiasi saduran 24 karat emas ,selain turut direka dengan kilauan kristal swarovski.
Berdasarkan informasi sahih, Rumah ALLAH itu telah mendapat sentuhan daripada pelbagai kepakaran, sementara bahan binaannya dikatakan diimport dari Itali, Maghribi, India, Turki, Iran, China, Greece, termasuk rantau Asia Barat.
Menariknya lagi, nama masjid itu juga diberikan sempena memperingati Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan yang merupakan pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu.
Foto Statham yang mengambil kesempatan bergambar di ruang yang dihiasi dengan hamparan permaidani dan chandelier itu di dalam masjid agung itu juga menjadi tular dan perbualan sekelip mata.
Sumber: Scoop.my & Instagram jasonstatham
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang